Monday, April 28, 2008

Alkisah LRT 4

Pagi isnin, as always, pagi yg gelap utk aku. Mandom habis…tapi nak dijadikan cerita, something happened in the LRT this morning. And I’m telling you guys, this is my first after 5 yrs commuting with LRT to work.

KL Sentral is the first station yg pintu tren bukak at the other side (sape naik LRT paham la benda ni). That time aku aku bersandar kat pintu on that side so bile pintu tu bukak kat KL Sentral aku kluar sket, bagik ruang org nak keluar (FYI ni adab naik LRT yer, sape² yg menghalang laluan dan buat muka tojo tanak bagik laluan mmg mengundang makian dan cacian). Quite a number of people kluar. Suddenly, sorg mamat yg belum totally kluar dr tren, pusing belakang dan tolak mamat yg kat belakang dia dan ckp “SABAR LAAA!!”, and I mean tolak with some effort, with both hands, bukan setakat tolak bahu. Dah la mamat yg menolak tu agak tinggi dan besar. Mamat yg kena tolak tu mmg nak jatuh, nasib baik gak ade org² kat belakang dia. Kalau tak sure dia dah jatuh kat lantai. Sume org tergamam jap. Ade plak suara² sumbang “oit, nak gaduh, kat luar la weh”. Sabar bang, sabar...sure angin mamat tu tak baik pg ni, dan nasib tak baik la mamat yg kena tolak tu sbb jadik tempat lepas geram hehehe.

Tapi aku tatau la ape jadik kat diorg 2 org once diorg kluar dr tren tu. Hopefully tak gaduh kat platform tu…kang jadik drama di pagi isnin plak…


Sunday, April 27, 2008

Kaya atau miskin?

3 hari lepas aku ade dpt surat drpd bank kredit kad aku. Nampak mcm slip notis reminder psl hutang kredit kad, tapi ade tulis “IMPORTANT! Please open this mailer today”. Since aku rase aku dah langsaikan hutang kredit kad aku, so aku tak teruja pun nak bukak slip tu.

Then malam ni sambil berbaring atas katil, aku nampak slip tu kat tepi katil. Hmm…blum bukak lagik rupanya, bukak je la, mesti just another promo by the bank (bank ape, takleh ckp…nanti sensitif hohoho).

Isi kandungan slip tu:

Dear Sir/Madam,

One of the things we’d like to see is, you our valued card member getting the most out of your ******kard. We’ve evaluated your ******kard account and are delighted to say that you belong to an exclusive few that have been selected to receive an increase in your credit limit – and this is effective immediately.

Your current Combined Credit Limit : RM XXXX.00
Your new Increased Combined Credit Limit : RM XXXXX.00


Aku terdiam jap. Eh eh, dah jadik 5 digit? I am also delighted – and this is also effective immediately…hahaha. But then, aku terpikir, maksudnya aku makin kaya ke atau makin miskin? Hmmm…


Friday, April 25, 2008

Kota Singa

Aku skang tgh pening, pening mencarik hotel kat kota singa, Singapura. Sume pun mahal, sampai SGD300 per nite, SGD400 pun ade. Ofis aku plak sumenya kena cut cost, prudent spending, ade KPI for opex. Dahtu cemane nak organize visit ni? Dok rumah tumpangan ah chong je bleh tak? Sure banyak sbb byk ah chong kat singapore tu huhuhu…sape² yg biase pegi ke selatan nuh, ade suggestion tak hotel apa yg best, dekat dgn MRT, dekat dgn town tapi murah?


Tuesday, April 22, 2008

Yakin boleh!

Member² aku selalu kate aku suka dtg lambat. Kalau janji jumpa kol 12, kol 1 baru aku sampai. Sbnrnya aku pun tatau cemane bleh jadik mcm tu. Pdhal aku rase aku dah bangun cukup awal (considering hobi aku ialah tidor :P) tapi nanti aku akan sampai lambat gak. Mcm gathering hari sabtu haritu, diorg kate, “kita jumpa kol 11 tapi dgn sam kita ckp kol 10 supaya dia sampai kol 11” cisss…sabar je la. I guess that’s sumthing I need to work on. Takpe, yakin boleh!!

Sunday, April 20, 2008

Siti oh Siti

Semlm aku berpeluang jumpa Siti Nurhaliza secara live, for the first time ever. Wah, suara dia mmg sedap siot. Cemane yg dgr dlm radio atau dlm CD, mcm tu la suara dia menyanyi live. Lunak merdu, sedap didengar. Skang baru aku tau, even though ramai org yg tak suka dia, yg tak minat dia, yg kutuk dia mcm², tapi ramai jugak yg minat kat dia. Mmg bleh ternganga dgr dia menyanyi huhuhu.

Malam tu dia nyanyi banyak lagu gak, 8 lagu kot. Tak Seindah Biasa, Cindai, Biarlah Rahsia, lagu english pun ade (tak paham sgt pun ape dia sebut :P), lagu² indon dan of cos lagu baru dia, Ku Mahu. Penonton tak putus2 ambik gambar dia, security plak asik menghalau.

Pastu aku dpt interview dia. Tu pun kejap je, kat dpn lif sambil kena kepung dgn bodyguard dia. Sempat tanya 2 soalan je. Jawapan dia not bad la, which shows how she had grown up and learn so much over these years. Dia mmg nampak mcm seorg wanita melayu yg sopan santun, malu², elok tutur kata. Tgk dekat², cantik jugak wooo…kulit putih melepak, flawless. Dan orgnya agak tinggi juga. Tapi matanya…matanya yg jernih membuatku tak jemu memandang…



Wednesday, April 16, 2008

Senaman

Pagi tadi aku bangun awal sket, awal 10 minit dari biase hehehe. So mase extra tu aku gunakan buat benda yg berfaedah i.e. exercise :P konon² azam baru la ni, nak bersenam. Push up sket, sit up sket, squat sket…dah. Cukup le tu utk first day. Terasa la otot² aku bergerak, darah pun berjalan lancar (yer yer je hahaha). Dan harini aku terase segar sepanjang hari. Hmm...bagus gak bersenam ni yer hohoho. Patut la ramai org yg pegi gym...

Saturday, April 12, 2008

Makan kat Cheng Ho

Early this week ade sorg member aku ajak makan kat restoran amy search. Aiks, amy search ade bukak restoran ke? jual apa? Katanya Muslim Chinese food, namanya Cheng Ho. Kat mane? Kat wangsa link…aku blur jap, mane tu…rupanya kat belakang Carrefour Wangsa Maju, ade shop lots yg agak baru.

Gambar courtesy website Sensasi Selebriti. Amy, with the website owner, kat dpn Cheng Ho


So tghari tadi kitorg pegi la situ. Tak susah sgt nak carik. Restoran tu pun baru je bukak, baru seminggu. Menu bleh tahan, ade tom yam, omellette, ikan siakap, daging, ayam, udang, ketam…masak macam² jenis la. Rusa pun ade! Hohoho…nak makan berlauk hidang ade, nak ala carte pun ade. Drinks byk jenis, buah² utk dessert pun ade. Dan yg menarik, ade juice sempena lagu² Search mcm Kejora, Isabella, Fenomena. Dessert pun letak name anak² dia, Nabila dan Xander. Tapi kitorg minum Chinese tea je, sbb complimentary :P

Ruang dalam Cheng Ho, not bad laa...


Kitorg order red tomyam, siakap steam, daging kicap, ayam masak dried chilli dgn cashewnut, udang goreng butter. Rase food kat situ not bad at all, sedap, bleh tahan. Ok la kalau nak bawak family makan kat situ. Ambience pun OK, boleh laaa. Bersih, kemas, toilet pun ade. Cuma yg kureng sket sbb service agak lambat (member aku kate lambat giler!), tak cukup staf agaknye. Nampak mcm ade 4 org pelayan je yg kerja, pdhal restoran tu penuh, maybe lebih 50 orang. Kitorg tunggu food agak lame la, around setgh jam gak. Nasib baik penyabar, kalau tak, mau blah terus dr kedai tu dlm keadaan mcm singa lapar yg marah huhuhu.

Mase nak bayar kat cashier, amy himself ade kat situ, tgh dok bertegur sapa dgn customers. Dia tanye, OK ke? apa lagik, mase ni la nak bagik feedback dgn tulus ikhlas hahaha. “Lambat la bang…” “Haah, lambat giler!” “Oh ye ke? mintak maaf banyak² yer, mmg kurang kakitangan sket, maklum la, baru bukak. Chef pun 2 org je. Tapi food cemane? OK tak?” “Eh, food OK, boleh tahan.” “Oh, terima kasih…tapi maaf la ye psl lambat tu. Mmg ade plan nak tambah staf. Nanti datang la lagi ye.”

Haa…mmg kitorg nak dtg lagi. Kitorg bagik mase 6 bulan, lps nak 6 bulan tu nak tgk ade perubahan ke tak, nak buat assessment. Mcm performance evaluation le plak, ade mid-year tracking hahaha.

Thursday, April 10, 2008

Entry ke-100

Dah entry ke-100 dah yer. Bila aku bangun pagi, tetiba teringat lagu ni:

Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Tak pernah kusangka
Jauh dari kamu
Membuat aku menderita
Sejak pertama bertemu denganmu
Di negaramu yang indah

Aku di sini mengenang kamu
Meski aku tak lagi sendiri
Ku mulai fikir tuk tinggalkan
Kekasihku di Jakarta

Duhai kekasihku
Cintaku tertinggal di Malaysia
Haruskah ku kembali untuk bersamamu
Duhai kekasihku
Haruskah kutinggalkan semuanya yang ku miliki
Untuk hidup bersamamu

Mungkinkah kamu cinta terakhirku
Mungkinkah kamu cinta matiku
Ku mulai berfikir untuk tinggalkan
Kekasihku di Jakarta

Untuk kuserahkan hidupku
Untuk kuserahkan matiku

Berilah aku satu
Keyakinan untuk..
Kekuatan untuk..
Kesungguhan untuk..
Bisa tinggalkan semua untukmu..



Boleh ke tertinggal kat negara lain?

Tuesday, April 8, 2008

Alkisah LRT 3

Jam dah menunjukkan 8.00 pg. Aku baru je terlepas the previous tren. Nampaknya aku akan lambat sampai ofis lagik la ni. Nevermind, hopefully lps ni tren kosong. Tapi barisan manusia makin panjang, sepanjang barisan org beratur kat ATM bila gaji masuk. Apparently mmg tren kosong yg dtg. Dan as expected, org² yg dr belakang terus meluru ke dpn, mcm nak rebut makanan free, termasuk la aku hahaha. Tetiba ade plak suara sumbang berbunyik “oit, sabar² laa…”. Sure mamat tu bengang sbb dia yg beratur lame kat situ tapi org dr blkg yg berebut masuk dulu. Takpe bang, saya paham perasaan abang, tapi saya tak selalu buat mcm ni, jgn marah saya. Abg gi marah shareholders yg mmg all the time pun potong queue tu ha…

So of cos aku dpt masuk tren tu sbb aku dah berebut. Tapi tren tanak gerak. Then ade announcement “Tren akan berhenti lebih lama atas kerosakan teknikal”. Hampeh…

Saturday, April 5, 2008

Lunch @ Carlos

Siang tadik aku makan kat Carlos Mexican Canteena kat Pavillion, aku order enchilada. Bila sampai, rupanya 2 gulung roti pita berintikan minced chicken (bleh gak mintak beef) yg disajikan dgn limpahan kuah Mexicana yg dicampur cheese. Disulami dengan jus mangga yg sejuk, sangat menyegarkan ketika hari panas.Yum yum…not bad, not bad at all! Harganya RM18.00 (tak termasuk jus mangga yer). Actually outlet tu serve Mexican food, u know like enchilada, fajita, fajita queseillas, margarita, que sera sera…hahahah. ntah la, aku nak sebut pun tak reti…tapi the food not bad. Ala² Chilli’s jugak la, plus outlet tu kat Connection section of Pavillion KL, the latest happening place in KL, so bleh la lepak² dgn member. Bini kpd tuan punya outlet ni kate, Umie Aida pun buat besday kat situ. Eleh…poyo la ko Alin hahaha.


tu ha Carlos Mexican Canteena...nampak ke?

Wednesday, April 2, 2008

Trip to JB

Skang aku ade kat JB. Takde la aku update blog kat JB, tapi buat entry je dulu, save, then post bile dah sampai KL. Aci tak mcm tu? Hehehe. Takkan nak guna internet kat business center tu, mahal gile seh, seminit RM1.90. so kalau aku pakai 10 minit, dah RM12! Sementara nak log in blog, nak tunggu page loading…dah dekat 10 minit.

Aku dok kat hotel ni kat JB, cuba teka hotel apa hehehe

Aku buatpe kat JB? Ade workshop daa…bukan aku attend workshop, tapi aku organize workshop. Jangan tanya apsal, kalau nak tau, pegi tanya bos aku yg rambut blonde tu hohoho. Dan mase kat JB, ade org belanja makan ayam penyet (thanks!), pelik kan namanye? :P

Btw, ade satu citer tak best siang tadi. Utk launching workshop ni, bos aku dah mintak GM Johor jadik wakil kompeni dan initially dia kate OK. Tetiba semlm malam (kate bos aku la) baru GM Johor tu emel, katanye takleh pegi, kena jumpa kementerian. So pagi tadik bos aku soh aku call ofis GM Johor tu, reconfirm. Bila aku call, secretary GM tu kate, dia taktau apa² pun. Aiks, bos tak inform apa² kat secretary ke? Secretary tu kate, GM dia ade event lain, event dgn kementerian (as told to my bos). OK, fine with me.

Suddenly after few hours, I got a call from a Johor number. “Encik, Encik R****n nak cakap.” Huh? Peliknya, suddenly GM Johor tu nak ckp dgn aku. “OK” aku jwb kat secretary tu lantas dia put me tru to the GM. Lps jwb salam aku, GM tu kate (lebih kurang mcm ni la) “why u call my secretary to investigate my schedule?” Wahhh…apehal plak mamat ni, tetiba je naik angin. “Puan M****m yg mintak saya call, nak konfemkan yg Encik R takleh dtg workshop esok.” “If she wants to know, ask her to call me directly. And I told you that I can’t come, do u think I’m lying?!” Eh eh…tak pasal² plak aku yg kena marah. Ade aku ckp ko menipu ke? “One more thing I want to inform u, u simply asked us at the state to come to your event, please don’t think that we don’t have no work here, nothing else to do or less work. We got so many things to do here, ok?” Laa…aku tak ckp pun ko takde keja, ke ko mmg takde keja??? “sori la Encik R, maybe we inform u a bit last minute” (which apparently not, 2 days before, ok la kan?). “Hah, OK” and the GM hung up. Demmm…screw you!!!

Tuesday, April 1, 2008

Bulan baru

Harini 1hb bulan baru, ofis aku received new members, 4 org semuanya. Patutnya 5 org, tapi yg sorang tu mcm tau² je, 29hb Mac dia beranak…so tangguh 2 bulan. Aaa…saje je beranak seblom 1 April kan? Boleh ke aa paksa gak baby kluar? Push…push!! Hohoho.

Hopefully bila makin ramai, makin meriah la ofis ni…