Sunday, April 20, 2008

Siti oh Siti

Semlm aku berpeluang jumpa Siti Nurhaliza secara live, for the first time ever. Wah, suara dia mmg sedap siot. Cemane yg dgr dlm radio atau dlm CD, mcm tu la suara dia menyanyi live. Lunak merdu, sedap didengar. Skang baru aku tau, even though ramai org yg tak suka dia, yg tak minat dia, yg kutuk dia mcm², tapi ramai jugak yg minat kat dia. Mmg bleh ternganga dgr dia menyanyi huhuhu.

Malam tu dia nyanyi banyak lagu gak, 8 lagu kot. Tak Seindah Biasa, Cindai, Biarlah Rahsia, lagu english pun ade (tak paham sgt pun ape dia sebut :P), lagu² indon dan of cos lagu baru dia, Ku Mahu. Penonton tak putus2 ambik gambar dia, security plak asik menghalau.

Pastu aku dpt interview dia. Tu pun kejap je, kat dpn lif sambil kena kepung dgn bodyguard dia. Sempat tanya 2 soalan je. Jawapan dia not bad la, which shows how she had grown up and learn so much over these years. Dia mmg nampak mcm seorg wanita melayu yg sopan santun, malu², elok tutur kata. Tgk dekat², cantik jugak wooo…kulit putih melepak, flawless. Dan orgnya agak tinggi juga. Tapi matanya…matanya yg jernih membuatku tak jemu memandang…



2 comments:

Anonymous said...

Noooooooowww we know what your "type" is! Hohoho!

Anonymous said...

huhu.. aku smpt dengar 2 1/2 lagu siti aje malam tuh.. tp mmg best!