Saturday, March 15, 2008

Takleh tido...

Sambung drpd mlm tadi...aku takleh tido, so aku bace buku ni. Sgt fitting kan?



Buku ni aku beli dah lame, 3 Sept 2007 haritu. Aku beli kat KLCC sementara tunggu member aku yg dtg dlm hujan lebat. Lps drpd tu, aku dah tak bace, buku tu terbiar je sampai la mlm tadi. Aku tak boleh tido dan aku ternampak buku tu. Since tajuk dia "Insomnia", akupun sambung bace (sbnrnya mula bace balik) sbb tajuk tu sgt sesuai. Around 2.30 pg baru aku dpt lelap...

Friday, March 14, 2008

Berusaha seharian

Harini aku ambik cuti sbb nak pegi MATTA Travel Fair kat PWTC, kononnya nak carik tiket pegi holiday for this year. This time nakgi jauh sket hohoho. Sanggup ambik cuti tuh. So beriya² la kitorg, kol 11 pagi dah masuk, tu pun kira lambat (aku la yg bangun lambat tu hahaha sorry guys!). Golongan shareholders dah ramai gile, mmg golongan tu je pun yg ramai. Aku wonder mane la korg sume ni nak pegi, Macau kot…

Carik punya carik, takde yg berkenan di hati. Letih gak aa mencarik, habis Hall 1 & 2 kitorg round sampai lenguh kaki. Adusss…cemane ni. Lps semayang jumaat, sambung balik pencarian. Tapi ade je yg tak kena, harga mahal la, date tak sesuai la, tiket habis la, logistic-wise tak wise la…sampai satu tahap, aku dah buntu, dah takleh pikir (maybe sbb lapar kot). Last² kitorg opt to air asia. But still tak dpt. Pegi plak kat KL Sentral sbb kat situ ade kaunter air asia. Lagipun nak lunch, kat PWTC tu makan mahal dan tak best :P Tapi nak beli tiket air asia kat KL Sentral ade gak yg tak kena…ish ish. Lagipun kena ade no. passport, which masing² pun tak bwk dan tak ingat no. passport. Yg sorg tu passport pun blum buat. Anak sapaaa la tuuu hohoho. So last² kol 6 ptg lebih, kitorg balik je, usaha seharian yg tak berhasil huhuhu.

Balik umah mmg penat la, aku mcm nak terus tido. Lps mandi dan semayang Maghrib, dok dpn TV dgr berita jap, nak tau apa jadik dgn sandiwara politik Malaysia skang ni. Tetiba dpt sms dr nombor tak kenal…sape plak ni. Rupanya member aku yg keja PWTC tu, dah tukar nombor. So layan SMS jap, dia kate dia dah bertunang 10hb haritu. Aiks, org pegi mengundi, ko pegi tunang plak. Dan dia ckp dia tak register mengundi, ceh...patut la. Then aku terpikir, apsal la tak call dia mase kat PWTC tadi, kot² la bleh dpt makan free, kate keja tukang masak. Wpon tak best, tapi kalau free ok kot kehkehkeh. Btw, dia ckp nak ajar aku survival, “ko standby je nanti” Huh? Aku tanak jadik survivor…

Dan by kol 8.45 mlm aku dah terlelap, letih beb. Kol 11 mlm aku terjaga, makan, semayang Isyak dan skang takleh tido. Apa nak buat ni aaa…

Sunday, March 9, 2008

Pegi mengundi

Semalam rakyat Malaysia kluar ngundi, aku pun. Tapi aku pegi lambat, bangun lambat…nak buat cemane hehe. Aku kluar umah pegi ngundi lebih kurang jam 3 ptg. Memula aku antar mak aku dulu, dia ngundi kat tpt lain or should I say, pusat membuang undi yg lain. Apsal la name mcm tu, kalau undi dah kena buang, habis la…jadik undi rosak :P anyway, lps antar mak aku, aku pegi pusat aku plak. Bukan pusat perut aku, tapi pusat untuk membuang undi aku.

Dari luar, nampak lengang je, ramai org dah ngundi kot. Bila aku berjalan masuk kawasan sekolah, ade 2 org polis lengkap beruniform dok pandang aku dari jauh. Apehal plak ni, aku tak bwk brg haram rasenya. Pistol pun takde. Baju pun kaler oren, bukan warna parti mane², tapi still baju free la hahaha. Polis yg bernama Inin ni still dok pandang aku. Ish, apehal ni. Tapi berbekalkan semangat waja sebg rakyat Malaysia dan keyakinan yg aku tak buat salah apa², aku terus pegi ke kaunter semakan pemilih SPR. Aku diberi secebis kertas bertulis “tempat mengundi no. 4” besar², kalau tak nampak gak, sah aku kena tambah pawer spek. Dan pompuan tu tulis dgn pensel kat kertas yg same no. 2121. then aku pun pegi ke bilik no. 4, kosong! Yg ade cuma aku dan sorg pompuan yg baru je lepas masukkan kertas undi dia dlm peti undi lutsinar, 1st time pakai nih.

Aku bagik kertas tadi kat pompuan kat kaunter SPR dlm bilik tu. Dia pun selak² buku senarai pemilih tu sambil carik nama yg ke 2121 (no. siri rupanya). Pompuan tu keep on carik kat page yg no. siri 20XX di mana XX adalah pembolehubah. Dan instead dia selak ke belakang lagik, dia selak ke depan…mmg la makin tak jumpa no. 2121. “Dik, no apa tadi?” pompuan tu bukak mulut tanya aku. “2121” “Oh, 2121” tapi dia still carik kat page 20XX dan menyusuri nama² dlm page tu satu persatu, mcm carik no. 2021. “2121” sekali lagi aku tegaskan (nak kena tegas lagik ke?). “Huh? Mmm…” but she was still on the same page! Astaghfirullah al-azim…Ya Allah…tabahkanlah hati hamba-Mu ini! Ishhh…”no. baper tadi? 2121 eh?” “Yer kak…” which it should sound like this “YER KAK, NOMBOR 2121. KALAU AKAK CARIK KAT PAGE TU, SAMPAI BESOK PUN TAK JUMPA…” and finally dia selak page yg seterusnya. Tadaaa…there it is! No. 2121. isk isk isk…

Lepas akak tu bacekan nama aku dan no. IC aku kuat² biar sume org dgr, aku diberi 2 helai kertas undi dan aku pegi la kat booth mengundi and pangkah kotak² yg patut. Then aku masukkan kertas² tu dlm kotak lutsinar. There, I’ve done my job! Hohoho…

Dan malam tu aku dok tercongok dpn tv sampai kol 2.30 pagi dgn bapak aku, tunggu keputusan. Banyak gezutan!!! Aku rase korg pun dah tau kan? 5 negeri dpt kat kumpulan sane dan kumpulan sini cuma dpt majoriti mudah. Dan skang aku rase mcm aku dok kat kelantan la hehehe…Wind of Change kata orang...

Friday, March 7, 2008

Mengundi - part 2

Esok rakyat Malaysia akan mengundi. Mcm² jenis cara berkempen ade, poster, bendera, banner, bunting tu mmg jgn ckp la…dah naik penuh kat jalan raya dan pokok² kat Malaysia ni, selagi boleh digantung. Iklan kat TV pun mcm dah nak termuntah aku nengok. Yg bahasa melayu, bahasa omputih, mandarin pun ade, siap kluar gambar bintang kuning tu. almost every 15 minit, kluar iklan “undilah untuk masa depan anda” “jika anda mahukan keamanan, keselamatan dan kemakmuran, undilah ……” “hanya satu pilihan anda” OK, OK, I got the idea…

Harini, aku dpt sms plak, mmg zaman ICT sungguh. Satu sms kol 6.40 pagi (aku blum bangun tido pun), satu kol 10.15 pagi, satu lagik kol 1.30 ptg.

SMS 1: Undi ... halalkan minyak naik, pembunuh Nurin gagal dicari, maruah Melayu tergadai melalui rasuah. Undi …… minyak turun, polis bersih, hak semua terbela.

SMS 2: LAFAZ NIAT MENGUNDI – Sahaja aku keluar barisan ikut roket menuju ke bulan kerana keADILan.

SMS 3: Saya …… calon … N18 Hulu Klang menghargai sokongan dan UNDI anda, … untuk semua dan untuk perubahan, SELANGOR BERSIH, MAJU DAN BERKEBAJIKAN. ……..com. TAKBIR, sebarkan.

Satu lagik, pagi tadi bapak aku kate pos panas parti A dan parti B kat kawasan umah aku tu seblah² je. “silap-silap gaduh esok kang”. Macam-macam hal la…wait and see tomoro aaa.

marilah mari, pergi mengundi...

Thursday, March 6, 2008

Mengundi

Malaysia nak buat pilihan raya umum ke-12 sabtu ni, 8hb. Mac, 2 hari je lagi. Skang ni jalan² kat Malaysia penuh dgn poster, bendera, billboard pun ade. Tiap² mlm sane sini ade ceramah, panas jadiknya walaupun skang ni asik hujan je.


ni pun kira mengundi gak hehehe

Bila org tanya, ko mengundi tak? Aku jawab, ya. Tapi bila org tanya, ko undi mane? Hmm...ntah la. Undi adalah rahsia kan? Sbnrnya, dah muak dan jelak dgn keadaan kerajaan skang. Mmg membawa kemajuan, mmg membawa pembangunan, mmg membawa pemodenan, mmg membawa Malaysia ke mata dunia dan skang dah sampai angkasa lepas pun. Tapi perkataan² spt kroni, rasuah, alibaba, bermuka², fitnah, bodek dan mcm² lagi yg jelek masih tak lekang.

Golongan yg seblah sana pun tak kurang hebatnya. Membuka pekung org lain, memburukkan org lain, panggil org mcm², kluarkan statement tu, statement ni…sudahnya dua² bertekak, bergaduh, bertikam lidah. Aku sbg org awam yg innocent ni (innocent ke?) jadik pening dan keliru tak tahu sape yg betul sape yg salah.

Jelak dgn yg ini, keliru dgn yg itu. Mmg mahukan perubahan, tapi mampu ke yg di sana mengarah yg di sini? Ntah la...

Korang mengundi ke? Ade member aku tu, bila aku tanya, dia jawab “Mengundi apa ke benda, register pun tak lagi hahaha...”

Tuesday, March 4, 2008

Dialog citer melayu

"E A T, eat. Maksudnya makan."
"E A T, eat."
"W A L K, walk. Maksudnya jalan."
"W A L K, walk."

"Wah wah Bedah, bukan main pandai lagik ko ngajar bahasa omputih yer," kata si Timah.
"Ala, aku belajar dgn si Mat London tu," jawab si Bedah.
"Mat London mana pulak ni?"
"Eh, ko tak kenal Mat London? satu kampung kenal Mat London tau, takkan laaa ko tak kenal. Mat London laki si Kiah tu la."
"Oh, Mat London tu...eh aku kenal sangat dia tu. Very the close. Mat London yang duduk Parit Seven tu kan?"
"Haah...eh kejap aku buatkan ko air, ko nak air apa?"
"Eh, no need..."
"Air no need aku takde la Timah. Kalau ko nak air oren ke, sirap ke, aku ade laa"

???

Monday, March 3, 2008

Singgah KLCC

Harini bos kecik dan bos besar takde, so aku balik awal, kol 6.15 ptg (awal ke tu?). Singgah KLCC sat sbb nak beli barang. Terjumpa plak dgn sorg member aku, member lama. Aku tak le rapat sgt dgn dia tapi sbb dah lama tak jumpa, so kitorg pun borak² jap sambil dok minum.

Dia kate skang dia dah tak keja makan gaji, buat bisnes sendiri. Bisnes import export barang katanya (cliché kan? hahaha). Tapi dia tak ckp plak bisnes ape. “ala, tayah la ko tau aku jual ape, ko kena tgk network yg aku dah establish” uiks, ko ni jual ‘gold dust’ ke ape? Hahaha tapi aku tak tanye la soalan tu, mampuih dia pelangkung aku.

Dia selesa buat bisnes ni, katanya kalau makan gaji, leceh. Kena ikut cakap org, kena dgr perintah org, keja utk kepentingan org. tapi kalau bisnes mcm ni, buat la sesuka hati, kalau nak sendiri untung, sendiri kena usaha. Lebih usaha, lebih la untung. Hmm..betul jugak.

Tapi dia kate dia dah tak byk spend time dgn geng² sekapla dia. Macam yg dia tgh buat dgn aku skang ni (ironinya). Bukan apa, bz dgn bisnes. Ye la, nak duit masyuk, keja pun kena la sampai asyuk masyuk kan? Dia dok habiskan mase kat ofis, jumpa customer, client, vendor and whoever in the bisnes circle. Nak lepak minum teh tarik kat mamak pun dah tak sempat. Dan oleh sbb asik among the bisnes circle, skang ni dia terasa mcm geng² sekapla dia mcm dah keep a distance, makin lama makin terasa. Tapi, dia kate, sebenarnya dia pun taktau, whether diorg tu yg keep a distance atau dia sendiri yg create the distance. Wah…ni dah mcm sesi meluahkan le plak, perlu ke aku dgr sume ni? :P

Masalahnye plak, si mamat ni kate, dia hepi dgn situation dia skang ni. Dia puas hati, dia dpt apa yg dia nak, dia boleh buat apa yg dia suka. Dan dia hepi to be around these people he is currently with. “So apa masalahnye? Dgn kate lain ko dah buat geng baru kan?” “tu la, geng baru tu mmg best, tapi cemane dgn geng lama?” Aiks, aku ke yg kena jwb soalan ni?

Last² aku diam je, aku tatau nak jwb apa kat dia. Dan tak sampai 5 minit lepas tu, kitorg dah gerak, heading our own different ways.