Friday, June 30, 2006

Al-Fatihah

Around 12 tgh tadi aku terima perkhabaran yg datuk kepada kawan² kita, halim dan ajak, telah meninggal dunia. Innalillahi wainna ilaihi raji'un. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan roh org² yg soleh. Al-Fatihah...

Thursday, June 29, 2006

Cuti-cuti Singapore

Hello! Dah lame la tak tulis entry...bile last sekali eh? last week kot. ish ish ish...bz sgt. OK la, sambung drpd last entry kat singapore tu. Lepas keja² aku setel hari Rabu (22/6) akupon proceed la dgn plan yg konon menarik i.e. shopping. Aku check out fr hotel yg ofis sponsor (Royal Queens Hotel), cari budget hotel. Ye la, kalau aku continue dok kat hotel tu, S$175 per night x 2.3 = RM400++ siot!! so aku dpt la budget hotel S$69 je per night (Hotel 81). Tu pon dah RM150++ kalau kat m'sia dah boleh dok hotel 5 star! Yg horrornya, bila aku mintak concierge Royal Queens panggilkan cab utk ke Hotel 81 tu, org tu tanya "kat mana hotel tu?" aku jawab "geylang". dia jawab balik "u nak pegi geylang? geylang tu mcm lorong haji taib kat KL" aku tersentak jap...tapi dia kata lagi, mungkin sbb dia tgk aku terkejut. "situ memang banyak 'red lights' tapi u lelaki, takpe la, tak perlu risau. tapi kot² kalau selera terbuka, boleh la try!" aku senyum je...tapi dlm hati kata "gile ke ape??"

But actually budget hotel tu not bad. sesuai la utk travellers/backpackers. aku dok situ 2 mlm. so hari yg pertama tu dipenuhi dgn berjalan² ke pusat² komersil cewahhh hahaha. Orchard Road, Paragorn, Tangs, Takashimaya, Isetan, Robinsons, Bugis Junction, Bugis Street, Raffles City Centre, Marina Court, sume la...letih gile kaki, ape taknya...kat singapore kan naik MRT n jalan kaki je. Bukannya takleh naik teksi, tapi tempat² tu agak dekat dan connected dgn stesen MRT. murah sket...Pd aku, sale kat singapore tu mmg murah la, tapi kalau semua barang² tu dlm RM instead of S$ mmg aku borong! Contoh baju Giordano S$60 diskaun 50% = S$30. nampak murah kan? tapi kalau convert back tu RM = RM69. lebih kurang je dgn msia, btul tak? Tapi tu opinion aku la, maybe sbb aku agak berkira kot dan tak berkeperluan sgt utk shopping. sape² yg berminat, boleh la pegi and experience sendiri, the sale is on sampai 23 Julai, so cepat!! ;)

2nd day, lepas check out from the hotel, aku pegi Singapore Expo. Round kat expo CommunicAsia tu...mcm² benda dan mcm² kompeni ade. sumenya teknologi² terkini. org² mcm Farul atau Rahimi mesti suka hehehe. then petang tu baru aku balik Msia. Oh ye, lupe nak citer, aku naik same flight dr KL-SIN dgn Datin Seri Tiara dan Yusof Haslam. Mesti diorg dtg singapore nak shopping gak. Bukan la nak kutuk ke ape, tapi Yusof Haslam & wife naik economy class...dah habis budget ke Dato? :P yg Datin Seri tu plak, kurus, kecik dan cantik siot...tapi remarks drpd GM aku "how can she be like that? she's a Datin Seri but she wears sleeveless and nampak cleavage!" sukati dia laaa....dia artis!

Tuesday, June 20, 2006

Entry dari seberang

Hey hey hey...jauhnya aku buat posting kali ni, dari seberang Tambak Johor sane nun! Aku skang ni ade kat Singapore, dtg utk CommunicAsia 2006. Dalam CommunicAsia ni ade la conference sessions, exhibitions, forums dan benda2 lain yg memboringkan huhuhu. Bendalah ni sampai jumaat, tapi keja aku sampai mlm ni je. Esok dah setel, bleh rileks! Punya la letih kaki, berjalan sane sini. Dah le Singapore Expo (the exhibition venue) tu besar nak mati...kat singapore ni plak sume org naik MRT dan jalan kaki je dalam bandar. so kitorg pon jalan kaki je la. Oh ye, aku bukan sorg2 kat sini...ade 4 org drpd ofis, aku, sorg assistant manager, sorg manager dan sorg general manager.

I found singapore is so well-planned. MRT system is linked together, jalan luas dan tak sesak, landscaping not bad dan rumah2 pon teratur. tak byk construction mcm msia. other things, sama je dgn msia! takde la bagus mane pon hahaha. dah le nak carik makanan halal susah, masjid pon susah! ish ish ish...nasib baik skang tgh mega sale!


Ok la, nak masuk balik dlm conference. see ya!

Saturday, June 17, 2006

Satu minggu yg mengantuk...ZzZzz...

Yaaa...minggu ni mmg minggu yg mengantuk. Taktau la, agaknye sbb tetiap malam pon tgk bola. Maklum la, skang ni kan tgh musim World Cup. Mane2 pon org citer psl World Cup. Sampaikan bos2 pon citer psl World Cup. Jerman menang tipis, Brazil masuk final, Trinidad & Tobago team kecik tapi pawer, England main tak best, tiang lampu tak score...ish, pendek kate, mcm2 la komentar yg kita bleh dgr.

Akupon tgk le jugak sket2. Tapi match yg kol 3 pg setakat ni since World Cup start, still tak berpeluang lagi tgk. Tak tahan ngantuk seh...Setakat sampai abis 2nd match of the night 12-2 am je yg aku larat. Tu yg bile dtg opis, ngantuk aje...sampaikan penah satu hari tu, terlelap dlm lrt sambil berdiri! Huhuhuh...

Ops..iklan sat. Skang ni Holland vs Ivory Coast, van Persie baru je score utk Holland. Holland 1 - Ivory Coast 0. Tetiba teringat iklan Maxis. England dpt gol, tapi semua commentator tak nampak sape score. Tetiba terdgr suara Hasbullah "Rio Ferdinand, yaa...Rio Ferdinand" dan sume commentator terus buat laporan, termasuk la sorg mat salleh dgn suara macho habis, "Rio Ferdinand". Hohoho

Sebenarnya, bile la yg tak mengantuk dtg ofis?? :P

Monday, June 12, 2006

Reel Review II

Few days back, aku gi tengok movie The Omen. Citer ni actually a remake drpd tahun baper ntah, kalau tak silap 1970s punya movie. It's about a boy who is believed to be the son of Satan or whatever and he's trying to conquer human beings, which marks the Armageddon is coming. Dalam bahasa lain, kononnya anak setan dah lahir, so anak setan ni nak bermaharajalela kat dunia ni. Dia bunuh org2 yg sepatutnya supaya dia dpt berkuasa. Sape mati, takleh la bgtau sbb nanti tak saspen hehehe...in short, citer ni tak le creepy mane pon. My rating: C+

Tuesday, June 6, 2006

Reel Review

Ni bukan psl programe Reel Review kat 8TV tu, tapi ni Reel Review aku sendiri hehehe. Recently aku tgk 2 movies, The Da Vinci Code dan X3: The Last Stand.

Ok first, The Da Vinci Code. Pd aku movie ni boleh laa...aku pon tak bace novel Dan Brown tu, so aku take the movie as it is. Ade org pegi carik harta karun, tapi ade org jahat yg cuba halang, last2 org baik dpt gak jumpa harta karun tu. Btul tak? :P Citer ni jugak agak mengkonfiuskan, maklum la, citer psl Kristian and stuff. Dah la tak censored, scene Silas seksa diri sendiri tu is so disturbing! Anyway, my rating: B



X3: The Last Stand. It's the last part of the trilogy. Rugi! Sepatutnya diorg sambung lagi. Lagi plak dlm part 3 ni there are so many mutants, sampaikan konfius yg mane satu. Aku yg bace komik pon susah nak detect, ape lagik org yg tak penah tgk langsung kan haini? hahaha...Anyway, I really enjoy this movie. Actions pon makin hebat as compared to the last 2 movies. Tapi, sayang, ade yg mati, ade yg hilang pawer. Tu la, patutnya sambung lagi...baru bleh tgk how the characters and the story develop. My rating is: A-

Monday, June 5, 2006

Phone baru! ;)

Hehehe...the title explains it all. Sabtu lepas (27 Mei) aku pegi beli handphone baru kat Sg. Wang, nak gantikan handphone lame aku yg aku dah pakai since Disember 2003 (btul kan mafus?) Well, dlm era ICT yg bergerak pantas ni, 2 tahun lebih pakai phone tu, rase outdated gile. In fact, phone tu dah tak jual lagi kat market huhuhu....


This is my new handphone, Sony Ericsson K750i. Harga? Biarlah Rahsia heheh...