Friday, October 26, 2007

Hilang

Tiada pernah aku menduga
Kasih kau pergi tinggalku sendiri
Dusta cinta mengeruh jiwa
Pedihnya mencengkam dihatiku yang sepi

Sangkaku kasih selamanya
Janjimu setia di hatiku

Seribu penyesalan
Hilang harapan ku impikan
Bahagia kuidam bersamamu
Kasih yang kuserahkan
Hilang meredah luka dalam
Hatiku luluh parah keranamu

Malam dingin ku sendirian
Berteman rindu mimpi yang keliru
Sayang musnah tak kesampaian
Hanya derita rundung duka membelenggu

Sangkaku kasih selamanya
Janjimu setia di hatiku

Seribu penyesalan
Hilang harapan ku impikan
Bahagia kuidam bersamamu
Kasih yang kuserahkan
Hilang meredah luka dalam
Hatiku luluh parah keranamu

Akan ku ubati…
Kasih yang pergi dari sisi
Takkan ku biarkan ia
Terus terluka, musnah dan hilang

Bahagia kuidam bersamamu
Sangkaku kasih selamanya
Janjimu setia di hatiku

Seribu penyesalan
Hilang harapan ku impikan
Bahagia kuidam bersamamu
Kasih yang kuserahkan
Hilang meredah luka dalam
Hatiku luluh parah keranamu

Seribu penyesalan
Hilang ohh…
Hilang keranamu…

Thursday, October 25, 2007

Makan kat Bora Ombak

Malam tadi, me and 2 other friends pegi makan kat Bora Ombak, Ampang. Memula taktau pon nak makan katne, tetiba je terkeluar idea nak makan kat Bora Ombak. Hmm…well, ok je la, cuma mahal sket (mahal la drpd makan kat gerai) tapi since sume setuju, kitorg pun pegi aaa.

The food was nice, combined with the ambience, so not bad laaa. Actually ni 2nd time aku dtg situ and my 1st time was not that impressive, makanan biase je…but this time it’s better. Maybe the choice of food kot, so it affects the overall impression. Anyway, mlm tadi aku makan Curry Mee dan Hot Chocolate, dessert Tapai Pulut with Ice-cream yum yum yum. Tomyam kat situ pun ok gak, next time dtg nak try tomyam la plak hehehe.


Anyway, mase kat sane, one of us told her story. Takyah la tau citer apa, tapi aku ckp kat dia, it’s not all about look, how cute your baby gonna be…it’s about chemistry, how you both fit together. Dia kate dia tak sedih tapi nampak mcm frust je hehehe. Dan lagu ni sesuai utk dia…

Tak Mungkin Aku

Tersentak aku seketika
Seakan akan tak percaya
Saat ku lihat kau telah berdua
Sebelum sampai diriku melepas rindu

Tak satu pun kata terucap
Ketika kutanya mengapa
Air mata penyesalan mengalir deras
Itu pun tak bisa kembalikan dirimu

Kumaafkan semua ini
Walau tak ingin lagi kumelihatmu
Kumaklumi ketidaksabaranmu menanti
Berjenang cinta yg kutinggal sesaat

Sudahlah…
Lupakanlah…
Tak mungkin lagi
Kau kumiliki

Ohh ohh ohh…

Wednesday, October 24, 2007

Di sebalik mimpi

Mase nak ujung² puasa haritu, aku ade mimpi kena cabut gigi. sakit gillerrr!! Tak la terasa pun sbb dlm mimpi hehehe. Bila gigi tu tercabut, ya Allah, panjangnye akar, ade la agak² 5 cm, nak menangis gak aaa huhuhu. Ala, tapi tu mimpi, anything can happen :P Tapi aku cuak gak la sbb before puasa, during my last visit to dentist, mmg dentist tu kate ade gigi yg kena cabut. Dah la position gigi yg tercabut dlm mimpi tu same mcm gigi yg sepatutnya kena cabut tu huhuhu. Dan ntah cemane, hati aku tergerak nak tanye ape maksud mimpi tu, so akupun tanye kat 2 org member ni. jawapan yg aku dpt sgt la mengejutkan!! Both of them kate, mimpi cabut gigi maksudnya akan ade org yg pegi meninggalkan kita. One of them said, biasenye org yg dekat dgn kita. Another one said, it make a difference whether gigi atas atau gigi bawah sbb it tells whether sebelah mak atau bapak. Scary…seriously, it creeps me out. The only good thing is, bila both of them kate, tu cuma mainan tido dan kalau mimpi tu dah nak dekat subuh or towards the end of night, tu cuma usikan sang syaitan…dan alhamdulillah, setakat ni belum sape² pegi meninggalkan aku…ke ade aa? Hmmm…

Tuesday, October 23, 2007

Baru ku tahu

Semlm aku baru tau yg mak one of the boss here (not my boss) was pelakon zaman P. Ramlee dulu. Tak sangka plak. Aniza kate dia dah penah bgtau dulu yg mak Sandra tu pelakon, tapi aku yg lupe kot. Semlm aku dpt dgr dr mulut dia sendiri, dia kate mak dia mmg good friend of P. Ramlee and Saloma. Dia kenal anak² diorg, yg mane anak betul, yg mane anak angkat, dia citer psl kisah cinta P. Ramlee dan Norizan, cemane Saloma potong line Mariani nak dptkan P. Ramlee. Dan dia kate dia selalu gak ikut mak dia jumpa P. Ramlee and Saloma, penah naik keter sport sama². Menarik plak dgr citer dia…mcm nenek yg bercerita hikayat kat cucu kehkehkeh. Btw, nama mak dia is Rahimah Alias. Maybe korg tak kenal yg mane satu, tapi kalau korg tau citer Labu Labi, mak dia yg jadik bini Haji Bakhil. Mak dia penah gak berlakon dlm Antara Dua Darjat, Ibu Mertuaku, ape ntah lagi dia ckp semlm…lupa plak. so lps ni kalau tgk citer Labu Labi, bleh la aku camkan "oh...yg tu la Mrs. Poldermann" hehehe

Monday, October 22, 2007

Reel Review V

Sabtu lepas (20/10) aku pegi tgk Bourne Ultimatum, part 3 of the Bourne Trilogy. Citer ni awal² lagik dah ade kejar-mengejar. mmg action-packed la kiranya...part yg slow dan tak saspen ada la maybe 10-15 minutes je...yg lain tu, kejar sane sini, tembak², pukul² plus all the consipracies. part yg paling aku suka mase the conspirator people kejar sorg reporter kat stesen tren. yg bestnye, reporter tu kena kejar tapi bourne tolong kaver dia. in terms of shooting, citer ni tak le gune teknik canggih manggih sgt pun, tapi still nampak real dan best. part bourne gaduh dgn "aset" pon gempak...silent but fatal hehehe...in short, mmg best la citer ni! plus, jason bourne lps ni bleh berlakon citer Die Hard plak hehehe. Rating: A

Sunday, October 21, 2007

SMS Raya

Waaa…ni dah entry yg ke-50 rupanya. Dalam malas2, sampai jugak yg ke-50 huhuhu.

Anyway, skang dah jadik trend org antar sms wish selamat hari raya (in fact whatever wishes there are). I think it’s OK to do it that way bcos it’s much easier and less hassle. Nak reply pon senang, right away je…lagipun most people nowadays dah ada handphone, cuma canggih ke tak je laaa. as compared to kad raya, nak kena pilih (dan beli) kad, nak tulis, nak carik setem then after few days baru sampai to the recipient (sorry Pos M’sia!).

So, here are 3 sms yg aku rase best yg aku dpt for this year…
1. Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi, Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa, Dalam kelembutan lidah ada juga keterlanjuran kata, Dalam gurau & senda tentu ada khilaf & dosa...Mohon kemaafan atas segalanya…Salam Aidilfitri.

2. Sebening air wudhu, sesuci al-Quran, semerdu alunan dzikir, seindah solat 5 waktu, setenang hati yang tiada rasa benci & dendam, jika tanganku tak sempat berjabat, jika muka tak sempat bertatap, bukalah pintu maaf untukku. Selamat menyambut Hari Raya, maaf zahir batin

3. Mata kadang tersalah pandang, telinga kadang tersalah dengar, mulut kadang tersalah ucap, hati kadang tersalah duga, kaki kadang tersalah langkah, tangan kadang tersalah cuit, minda kadang tersalah andai, tangan kuhulur di hari mulia, maafkan segala silap yang pasti ada. Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri…Maaf Zahir & Batin.

Dan aku rasa yg ni yg paling panjang kot…

Biar hati sejernih air,
Jangan pula dipenuhi lumpur,
Kalau salah kami belum berakhir,
Diharap diampun dengan rasa syukur.

Jika budi dipenuhi ikhlas,
Jangan ia disulam tuba,
Jika ada salah yang belum dibalas,
Harap diampun di Hari Raya.

Biar amarah disunting senyum,
Ibarat pekerti disulam kasih,
Diharap dihalal makan dan minum,
Ibarat rezeki yang tidak disisih.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.

Hmmm…

Saturday, October 20, 2007

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Hohoho dah seminggu dah raya rupanya! Astaghfirullah...cepatnye masa berlalu. dan mase entry yg lepas, lupa plak nak ucap selamat kehkehkeh....so, di kesempatan ini (walaupun dah seminggu raya - takpe, kita raya sebulan) saya nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan mohon maaf Zahir dan Batin kepada sume kenalan, kengkawan, member, geng, dan sesape saje yg kenal saya (in whatever way that you happens to know me). Manusia tak pernah lari dari kesilapan, baik perbuatan mahupun perkataan, that's why asking for forgiveness is important. Semoga perhubungan kita sesama insan akan sentiasa terpelihara...

Plus, my fav iklan raya for this year (and thus far, i think) is "Burung apa? Burung murai. Burung apa? Burung murai. Burung apa? Burung murai...". Tangkap leleh beb....lagi plak kalau tgk iklan tu depan tv dgn mak bapak kite. Enuff said...

Thursday, October 18, 2007

Back online...and life has changed!

Assalamualaikum...my dear online diary...lamanye aku tak update ko kan? dah nak masuk 3 bulan, isk isk isk. mcm2 alasan, sebok keja (plus kat ofis ade spy), taktau apa nak tulis, tak teringat nak update, mcm2 lagik la...tapi itu sume hanya alasan semata2 kan? so, cakap pon tak guna...

Mlm ni, aku tgh boring, mata pon blum ngantuk hence aku luangkan sikit masa nak update. tapi takde la panjang, just to get the ball rolling again. hari ni (i mean pagi ni) dah hari khamis, dah masuk raya ke-6. Alhamdulillah, tahun ni dipanjangkan umur utk aku berpuasa dan dapat beraya. Dan tahun ni, raya OK sket. tahun lepas, masih sedih dgn kehilangan seseorang. balik kampung pon tak...tapi tahun ni, kitorg balik kampung jugak, wpon sekejap. Hari isnin raya ke-3, my family were back in KL. ada la pegi ziarah sedara mara sket kat Melaka nuh.

Kat KL, suasana masih sunyi, ramai warga kota masih berada di kampung masing2. member2 pon takde...aku plak cuti seminggu sampai 22hb, cuti banyak beb. so dok la aku melanguk kat umah. tgk tv, makan, tido, takpon baca buku...makan dah le asik2 ketupat, rendang...lotih den. nasib baik hari selasa, mak aku buat udang masak lemak yum yum...sedapnyer!! lari sket dr rendang dan ketupat heheheh. citer2 kat tv pon bleh la...jadik peneman di kala boring. paling tak pon, layan je kartun yg anak2 buah aku tgk...ultraman pon jadik!

Anyway, since the last 3 months (last time aku update), mcm2 dah jadik dlm hidup aku. sampaikan ade one point, aku terpikir "cepatnya benda berubah, dpt ke aku handle sume ni?". baik personal, mahupon keja. the company changed (God knows for better or worse), uncertainties arise, possibilities emerge, potentials being discovered, hope hampered; habit changes, perception proven, dreams become reality, situation explained; new acquaintances met, relationships flourish, relationships broken but some were mended, while some...remains unexplained. Never know what will happen and how it will end. And, I fee like I have lost something, but then again, I don't know what I've lost. so, will it be ever found?

(haaa...kan dah cakap omputih...don't make me speak english huhuhu)