Friday, December 28, 2007

Heading towards 2008

Sedar tak sedar, ada few days je lagi nak masuk 2008. Terasa kejapnya masa berlalu. Mcm baru haritu masuk 2007, skang dah nak habis 2007, masuk 2008 pulak huhuhu. Aku rasa byk benda baru dtg dlm hidup aku in 2007 dan aku rasa benda² tu, to some extent, has changed my life. 2007 left me with various kinds of feelings. Hmmm…susah mau cakap la beb.

Anyway, bila sampai tahun baru, first thing yg org terpikir is New Year resolution/wish. Sebenarnya aku tak penah ada spesifik ones (yes, trust me), setakat buat azam dalam hati je laa sbb to me, kalau nak something or nak pasang azam baru, tak perlu tunggu tahun baru pun, bila² pun boleh. Tapi tahun ni, terasa nak draw out my first ever azam tahun baru, bukan psl high self esteem or high level of determination, tapi saje je. So, here goes (in no particular order):

a) berat 60kg (ask me personally if u want to know my current weight)
b) kerja dgn lebih ikhlas
c) kurangkan hutang dan tambahkan savings
d) nak jadik org yg lebih penyabar esp. time lapar hehehe
e) lebih berpikiran positif

OK tak? :P

Wednesday, December 26, 2007

Reel Review VIII

Malam Krismas aku balik awal dr ofis dan pegi tgk citer ni kat TGV KLCC. Dok ofis pun bukannya ada org hohoho. Citer ni not bad, penuh saspen especially part kejar-mengejar…dah la guna kereta Merz, habis jahanam kereta mahal huhuhu. Part diorg solving the mysteries dan looking for the treasure pun OK, aku rase better than the earlier sequel. Tapi it all happened so fast, dr clue A ke clue B ke clue C mcm cepat sgt sampaikan kita mungkin tak dpt pikap, “what was that again? Apa kaitan clue ni dgn yg tadi tu?” Tapi not bad laa, so sape² yg suka adventure movies should watch this one. Bila tgk citer² adventure mcm ni, teringat kat Indiana Jones, the best!! Hehehe…Anyway, the actors are OK, storyline pun not bad cuma don’t ask me what treasure were they looking for, link banyak sgt hahahah. So aku tgk citer ni as it is je :P Rating: B

KLCC malam tu ramai org, sume buat last minute christmas shopping kot…tapi surprisingly kat movie tak ramai, takde beratur panjang sampai melimpah². Agaknya org sume nak tunggu santa claus dtg kat umah bawak hadiah hohoho. Tapi santa tak dtg umah aku pun…

Monday, December 24, 2007

Quotable quotes

a) You won’t appreciate something (or someone) until you lose it

b) Everyone who comes into our life will leave a print, significant or not

c) Kalau kita taknak org buat jahat kat kita, jangan buat jahat kat orang

d) Takde manusia yang sempurna kat dunia ni, so terima la setiap org seadanya

Sejak akhir² ni, aku dok terpikir benda² ni je…tatau apsal.

Thursday, December 20, 2007

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua kaum muslimin dan muslimat, dan kepada yang sedang menunaikan haji, semoga kalian beroleh haji yang mabrur sambil dipelihara Allah sepanjang di sana.

Orang kata, Hidup ini perlu banyak berkorban...betul ke? Letih la asik nak berkorban je…

Wednesday, December 19, 2007

Reel Review VII

Ahad haritu aku pegi tgk latest movie Will Smith, “I Am Legend”. Citer tu psl last man on earth (or so-called last) dan org² lain sume dah kena virus which turns them into vampire ataupun dlm citer ni dipanggil “darkseekers”. And of cos, last man standing tu dok kat New York, instead of Japan atau German atau Zambia or whatsoever. Citer Hollywood, US aje la…US gak jadik hero, US gak jadik conquerer…apa² la labu.

Anyway, aku rase citer ni lain sket from other citer Will Smith yg aku penah tgk, ada org kata ala² “Castaway” Tom Hanks sbb Will Smith a.k.a. Robert Neville kena hidup sorg² dan interact dgn anjing dia je. Lagipun setau aku Will Smith tak penah berlakon citer hantu/horror. So, “I Am Legend” ni mmg requires Will Smith bermain dgn emosi dan mimik muka. Touching gak tgk story ni i.e. cemane dia terpaksa tinggalkan family dia (sape nak tgk Will Smith nangis, don’t miss this movie), what happened to his family, connection between human and pet. So in short, citer ni best dan tak bosan. Even though mula² nampak mcm bosan sbb dia sorg² tapi don’t worry, you won’t be bored. Plus, it’s a sad ending hohoho. Rating: B+

Monday, December 17, 2007

Rezeki masing²

Semalam aku dapat tau sorg member aku ni nak berenti keja. Terkejut gak aku sbb selama ni nampak macam dia enjoy dgn keja yg dia buat. Tup-tup, dia nak berenti plak.

“By the way, aku ade bagitau tak, last day aku 13hb?” “Hah? Nak berenti ke? Tak bagitau pun. Bila antar surat? Notis baper bulan?” “13hb haritu laa…notis sebulan je” “Apsal berenti? Keja kat situ tak best ke?” “Hmm…tak best aaa” (sambil buat muka). “Apa yg tak bestnya? Tak dpt bonus ke? Dah bape lama keja situ? Dah 2 tahun kan?” (banyak plak soalan aku) “bila berenti bulan 1 ni, setahun sebulan la” “apsal berenti?” “ntah aaa…macam-macam. Bonus kadang² takde, skang ni plak manager takde, sume berebut² nak jadik manager. Siap antar surat kat bos, nak jadik manager" "politik tu..." "haah, politik. tak best aaa" "ala, mane² pun ada politik. kompeni kitorg lagik banyak politik, dr org atas sampai la org bawah² pun ada politik" "Ye ke? ish ish...pastu, management pun soh kita pegi seminar, tapi bayar sendiri…mahal tu, sampai RM700” “laa ye ke? Teruknya…ramai² tak komplen ke?” “huh, dah komplen dah…tapi management buat dek jer…tu yg kitorg berenti tu. Ada 5 org sekali berenti” “hoh? 5 org sekali? Ni kiranya buat rusuhan la ni?” “hahaha….pandai la ko…”

Hmm…sorg lagik berenti keja. Aku rase keja dia tak la susah mana pun (sukati aku je cakap keja org tak susah hahaha), tapi dia pun berenti gak. Dia ni lagik la, blum dpt result interview keja yg baru, dah resign keja lama. Ntah la, terpulang la, rezeki masing²…

Wednesday, December 12, 2007

Worth it ke?

Harini aku cuti, sehari je, saje nak habiskan cuti tahunan. Tu pun aku kena burn 6 hari sbb dah takde masa nak habiskan huhuhu. Apsal la kompeni aku tak redeem cuti dgn cash. Kalau sehari RM100 pun, dah dpt RM600 hohoho. Cuti harini pun aku tak buat apa, dok umah je…sepanjang hari hujan, matahari tak tunjuk muka langsung. Hari sungguh bermuram durja, basuh baju pun susah nak kering. Malas la nak kluar, so dok umah layan budak² je. Not worth utk kluar, dok umah tgk TV pun OK gak...

Talking about worth it, tadi ada org tanya aku, “worth it ke apa yg kau bayar tu?”. Hmm…susah aku nak jawab soalan tu. Memang aku terkedu kejap, soalan tu membuatkan aku berpikir buat seketika. Sebenarnya, aku pun tak sangka aku akan sanggup, tapi tatau apa yg buatkan aku agree to it. Maybe there’s a pulling factor, but I don’t know what it is! My feelings is mixed about this, kekadang rasa “nasib baik aku agree, kalau tak, aku tak dpt ni” dan kekadang aku rasa “nape la aku agree, kan kena buat benda tu, dpt benda ni” huhuhu. Not that it's a so-called life-changing decision, tapi honestly speaking, at this moment, I’m kinda enjoying it despite the outcome is not that significant. And whether I will continue to commit with it, it’s yet to be known…need to think it through la. Bro, I will let u know ya…

Saturday, December 8, 2007

Golf anyone?

2 minggu tak update…ish ish, penyakit dulu dah mula balik i.e. penyakit malas heheheh. Kena buang jauh² penyakit malas ni, nanti hidup kucar-kacir (ye ke?). tapi, kalau takde apa yg nak diciter, tak perlu la update, btul tak? Takkan nak tulis entry “harini saya pegi ofis, org ramai kat stesen lrt. Sampai ofis, saya bukak PC dan terus rasa mengantuk. Bos soh buat tu buat ni. masuk waktu zohor, saya semayang zohor. Lunch dgn ofismet. Mlm ni balik lewat sket, kol 10” etc etc…boring la kan?

Hm sebenarnya ade gak benda yg different sket yg aku experience sepanjang the last 2 weeks. For the first time ever, aku jejakkan kaki kat padang golf! Hahahah. I’m so not a golfie, tak berminat main golf...aku rasa golf ni mcm game utk org malas hahaha (sorry golfers out there!) dan golf ni agak hi-class aaa, sape la aku nak main game mahal mcm tu. tapi dah bos soh organize golf tournament, buat je la…kang tak achieve KPI plak (but then again, kalau achieve pun, dpt evaluation bagus ker….)

Nasib baik la aku bukan organize sorg². Ada manager and colleagues (plus agency) yg tolong. Kalau tak, sampai mampus la aku takkan buat tournament golf ni hohoho just don’t have the drive to do it :P throughout the work, baru la aku tau sket² psl golf…terms like flights, tee-off, stable ford, shotgun, two tee, halfway hut, callaway, cutter & buck, buggy, handicap…how is the flow of a golf tournament…lps ni buat apa, lps tu buat apa…cerewet gak aaa. Lagi plak kalau buat dgn clients, nak kena layan diorg tu btul², ish ish ish…

Kitorg buat tournament tu on 2 December kat Kota Permai Golf & Country Club, Kota Kemuning. Don’t ask where is Kota Kemuning…it’s somewhere in Shah Alam la…aku taktau langsung! Huhuhu. Kol 5 pagi dah kena bangun sbb committee kena ada kat golf course by 6.30, registration at 7.00 am. Ya Allah, ngantuk gile!! Aku kena duty kat halfway hut, ala² checkpoint la. Golfers bleh rehat, minum and makan sket kat situ. Tapi boring gak dok situ lama² sbb takde apa nak buat, dah aa kena tunggu lebih kurang 2 jam huhuhu.

Dan aku baru dpt tau, Kota Permai is one of the 2 golf courses kat Malaysia ni yg pakai caddie pompuan. Satu lagi tak sure kat mana. Lawa² caddie diorg! Sume putih² plak tu, stok model punye aaa…ada Malaysian, ada Indon, ada Filipino. Siap pakai nametag lagik…Maria, Rita…haa, nama glamer²! rugi btul jadik caddie, pegi la jadik model ke kehkehkeh.

OK in short, everything went well, client happy, bos pun happy.

Tapi part yg aku takleh lupa, bila one grup of golfers stop kat halfway hut tu (bukan client kitorg). Minah caddie tu terus masuk gerai, grab few things (air, buah) dan kluar balik and drove the buggy away. Tiba² one of the golfers marah kat bangla yg jaga gerai tu “kenapa awak bagik dia ambik? Siapa nak bayar caddie tu punya?” Bangla tu ckp la, dia takleh buat apa², minah caddie tu yg terus masuk, ambik dan blah. Lagipun dia ambik air tin n buah je which baper ringgit sangat la. Plus, mmg caddies biase buat mcm tu. Golfer tu beriya² marah jugak “Awak patutnya tanya dia dulu, apa dia nak, jangan bagik dia main ambik je...siapa nak bayar? saya tanak bayar!” so golfer tu bertekak sket dgn bangla tu. Aku terpikir, teruknya kau ni, kau ada duit banyak nak main golf kat sini, caddie tu punya meal yg ntah bape ringgit je tu, kau tanak bayarkan? dia dah penat bawakkan buggy kau, apa la salahnya belanja dia, tak luak pun harta kau yg bertimbun² tu....isk isk isk.

Ntah aa, macam² ragam org kat dunia ni kan? They just make up the colourful world…