Friday, March 7, 2008

Mengundi - part 2

Esok rakyat Malaysia akan mengundi. Mcm² jenis cara berkempen ade, poster, bendera, banner, bunting tu mmg jgn ckp la…dah naik penuh kat jalan raya dan pokok² kat Malaysia ni, selagi boleh digantung. Iklan kat TV pun mcm dah nak termuntah aku nengok. Yg bahasa melayu, bahasa omputih, mandarin pun ade, siap kluar gambar bintang kuning tu. almost every 15 minit, kluar iklan “undilah untuk masa depan anda” “jika anda mahukan keamanan, keselamatan dan kemakmuran, undilah ……” “hanya satu pilihan anda” OK, OK, I got the idea…

Harini, aku dpt sms plak, mmg zaman ICT sungguh. Satu sms kol 6.40 pagi (aku blum bangun tido pun), satu kol 10.15 pagi, satu lagik kol 1.30 ptg.

SMS 1: Undi ... halalkan minyak naik, pembunuh Nurin gagal dicari, maruah Melayu tergadai melalui rasuah. Undi …… minyak turun, polis bersih, hak semua terbela.

SMS 2: LAFAZ NIAT MENGUNDI – Sahaja aku keluar barisan ikut roket menuju ke bulan kerana keADILan.

SMS 3: Saya …… calon … N18 Hulu Klang menghargai sokongan dan UNDI anda, … untuk semua dan untuk perubahan, SELANGOR BERSIH, MAJU DAN BERKEBAJIKAN. ……..com. TAKBIR, sebarkan.

Satu lagik, pagi tadi bapak aku kate pos panas parti A dan parti B kat kawasan umah aku tu seblah² je. “silap-silap gaduh esok kang”. Macam-macam hal la…wait and see tomoro aaa.

marilah mari, pergi mengundi...

No comments: