Monday, September 4, 2006

India Trip part 2

OK...nak sambung lagik journey kat India.

17hb Ogos. Pagi tu kitorg bangun awal gak aaa kol 6 am Indian Time (pdhal kat M'sia dah 8.30 am!). Mafus dgn baik hatinya pegi la turun bfast kat cafe hotel dan songlap masuk makanan ke bilik. err, bukan la songlap pon, mmg hotel ni allow bwk keluar makanan. siap masuk dlm kotak lagik tu! ade la few pastries, sandwiches. buah pon ade gak.

ni view dr tingkap bilik hotel mafus, seblah kiri laut, kalau tgk hala ke kanan pon laut gak...masa ni angin kuat giler! mcm nak ribut...


Aku n halim tergerak plak nakgi jalan-jalan area hotel tu. Btw, hotel tu mcm kat tanjung, so dr tingkap bilik mafus tu bleh nampak laut seblah kiri dan laut seblah kanan. gempak kan? angin kuat nak mampus....mmg Mumbai musim hujan mase tu. so, aku n halim pon pegi la jalan-jalan (ain & aina, ni ala² mase kita kat jordan dulu la...). punya la banyak anjing berkeliaran, siot btul. kena jalan hati² sbb binatang ni main redah jer...riksha pon banyak keliling hotel ni, tunggu passenger. oh, riksha tu motor roda tiga berbumbung, mcm tuk-tuk kat Thailand. baru agak² 10 minit berjalan, hujan lebat...terus kitorg cabut balik hotel.

masa tgh jalan² nampak promo filem baru Shah Rukh, Kabhi Alvida Naa Kehna, canggih tu, filem pon promote kat bas :P



By the time kitorg sampai hotel, mafus dah nak blah gi ofis hahaha...keja siot :P so mafus pon meninggalkan pesanan terakhir dia, cemane nak panggil teksi, cemane nak round Mumbai, kat mane nak makan (btw sume benda ni dah dibincangkan pjg lebar the night before) etc etc. dia pon berangkat ke ofis dgn driver dia. haaa mafus ade driver mase kat India, jeles tak? ;)

Around 9.30 am kitorg pon turun ke lobi hotel dan jumpa concierge, Kunal namanya. eh ye ke? ke Lukan? eh ntah...lupe plak. dia panggilkan teksi, tak sampai 10 minit, teksi pon sampai. nampak je kitorg, terus driver teksi tu "Assalamualaikum" "waalaikumussalam" sambil dlm hati kate, mane plak driver ni tau kitorg ni Islam yer...Nama dia Ibrahim dan dia pon pelawa kitorg masuk teksi dia, which is same type dgn teksi airport mlm tadi. Memula kitorg sebut la nama² tempat yg kitorg nak pegi (as advised by mafus, again) tapi dia kate, that's OK, dia mmg tau nak bwk gi mane. dia kate susah nak jumpa org Islam kat sini, so dia happy sbb jumpa org Islam dan dia sukarela nak bwk kitorg. ape² je la...

So tempat² yg kitorg pegi ialah:
1. Doby Ghout
Satu tempat mcm ala² rumah setinggan, kat situ tempat org basuh baju, hence the name. ade around 2,000 org yg buat laundry kat situ. Mengikut kate Ibrahim, even hotel² around situ pon hantar kat sini. diorg punye tempat membasuh tu bentuk kotak², so banyak la kotak² tu dan yg kelihatan buat keja sume lelaki. Kitorg cuma tgk dr atas jambatan je, Ibrahim kate takleh pegi ke bawah, they don't allow. Sape yg follow Amazing Race mesti penah come across tempat ni.

2. Rumah Gandhi
Sebenarnya rumah Gandhi ni ade name lain, tapi lupa la. Rumah ni rumah kayu + batu, 3 tingkat, ade bilik² dan dalam bilik² ni dia tunjuk la gambar² Gandhi, sejarah hidup dia, alatan yg dia pakai, buku² yg dia penah baca (seriusly, bahagian ni nampak mcm tempat Gandalf dok carik maklumat psl The One Ring dlm LOTR).

3. Marine Drive
Takde pape sgt pon Marine Drive ni, cuma laluan tepi pantai je.

4. Hanging Garden & Nehru Park
Dedua tempat ni cuma across the street between each other. Hanging Garden ni not really hanging actually, dia cuma ade kat tebing tinggi dan mengunjur keluar. So portion yg mengunjur tu mcm beranda la...hence tergantung. Lain-lain, takde pape...cuma ade la binaan batu, dan pokok². Nehru Park tu plak ala² Lake Garden kat M'sia. Taman hijau yg luas dan ade pokok² yg dibuat bentuk binatang. Boleh la kalau nak jogging ke kat sini. Gambar seblah ni aku ambik from the Hanging Garden, nampak laut...


5. Masjid Ali Haji
Pastuh kitorg lalu balik kat Marine Drive tu dan lalu depan Masjid Ali Haji. Ibrahim cuma berenti tepi jalan dan tunjuk dr jauh sbb nak ke masjid tu kena jalan jauh ke dalam. Masjid tu mcm bangunan biase yg bertingkat² tapi ade kubah kuning krim kat atas. Ade khilaf sket psl masjid ni (khilaf! :P) sbb mafus kate driver dia tunjuk masjid yg lain, masjid yg kat tepi pantai or sumthing like that. tatau la sape yg btul, sape yg salah...

6. Mumbai Store
Ibrahim tu bwk kitorg pegi kedai ni sbb katanya ni jual brg murah. Ade la pashmina, karpet, cushion cover and those stuff. Bila dgr je org Islam, beriya² dia ni, peluk² la, brothers la, ape la...so sempat la tgk sket ape yg kedai dia jual. bleh tahan lawa dan murah jugak.

Errr...dah panjang sgt ni, nanti la esok sambung lagik...

No comments: