Wednesday, February 6, 2008

Pegi konsert

Jumaat haritu aku pegi tgk konsert Sheila Majid in aid of IJN Foundation kat KL Convention Centre. Aku bukan la fan Sheila Majid pun tapi sbb pegi on company’s disposal, so lantak la....lagipun kena entertain customer (again!) atau dgn kate lain, terpaksa gak pegi. Tapi ok je layan konsert ni sbb aku grew up dgn lagu² Sheila Majid in the 80s and 90s, so even though tak minat dia, tapi aku tau gak lagu² dia. And her stage presence is not bad la, dia pandai gak attract attention penonton supaya tak boring.

Artis² and selebriti lain pun ada dtg bagik sokongan…Dayang Nurfaizah, Anuar Zain, Fazli Zainal, Farhan, Chef Wan, Norazlina Redzuan pun ada. Sempat la aku bersalam dgn Norazlina aka Alin, kecik molek orgnya dan kurusnya diaaa…rase mcm fragile habis huhuhu. Ingatkan nak tanya dia, “kalau u ade kat sini, so sape bace berita malam ni?” tapi tak jadi la, kang dia kate aku buat lawak bodoh plak...

Konsert tu start ard 9.15 mlm sbb tunggu Tun Mahathir dgn Tun Siti Hasmah sampai and it ended abt 5 mins to midnite. So agak banyak la lagu² yg dia nyanyi, among those were Ratu, Di Dalam Emosi Ini, Memori, Pengemis Muda, Embun, Legenda, Sinaran (lagu last), Antara Anyer dan Jakarta dan Dia. Teringat zaman muda-muda dulu heheheh. Medley lagu² P. Ramlee pun ada. Ramai gak audiens yg bangun berdiri dan tepuk tangan sambil menari and menyanyi sama² especially lagu² fames dia mcm Sinaran dan Memori.

Dan aku paling suka lagu ni…

Dia

Kata demi kata
Jalin dengan indah
Untuk menguraikan
Maksud hati

Kuberanikan diri
Untuk memulainya
Tapi mengapa bibirku
Tak dapat bergerak
Terasa berat

Oh malunya hati ini
Bila kuingat saat itu
Kami hanya saling berpandang
Dan terdiam terpaku

Oh bulan hanya dirimu
Yang menyaksikan segalanya
Oh bulan tolonglah daku
Katakan padanya
Ku cinta dia

Kuberanikan diri
Untuk memulainya
Tapi mengapa bibirku
Terasa berat

Malam pun kian berlalu
Kami saling terpaku
Diam seribu bahasa
Hilang semua kata
Yang terangkaikan

Oh malunya hati ini
Bila kuingat saat itu
Kami hanya saling berpandang
Dan terdiam terpaku

Oh bulan hanya dirimu
Yang menyaksikan segalanya
Oh bulan tolonglah daku
Katakan padanya
Ku cinta dia

Korang tau tak lagu ni?

4 comments:

Anonymous said...

waa.. bestnye dpt tgk performance sheila majid.. lagu dia tuh mmg best.. cute je kan lagu tuh.. dia nyanyi x lagu hitam putih kehidupan??

~Aina

sam said...

haah, dia tak nyanyi lagu hitam putih kehidupan. agaknya lagu tu ex-husband dia tulis kot, so tanak nyanyi hohoho

reenabeena said...

I loike that song extremely!It's so cute.A courtship song.I tak realise the word "Dia" keluar 2 kali je dalam lagu nie. Haha

ieka said...

aku pon suka lagu ni.. hehe sweet ... lenkali takleh ikut ko ke sam? ehehhe