Wednesday, July 26, 2006

"Little India"

semalam aku dan halim pegi travel agent kat masjid india. ofis diorg kat Selangor Mansion, which is first time aku dgr such place. kitorg pegi tu sbb nak gauge more info abt India, hehehe...yer, we plan to go to India, join mafus yg mmg ade kat sane for some work assignment. bila sampai kat Selangor Mansion tu, mmg la tempat tu is like "a sneek preview" of India. the people, the conversation, the surrounding, tulisan² kat situ sumenye memberi preview of what we will see :P tapi travel agent tu helpful la. dia suggest macam². hopefully trip ni menjadi ;)

Tuesday, July 25, 2006

Dah tua dah...

Hmmm...sedar tak sedar, rupanya skang aku dah 26 thn yer. Dah lebih suku abad! mak aih...tuanya...anyway, dah seminggu dah sebenarnya I turned 26. but time goes by, it's just another year of my life. kalau ade org notice my birthday, thanks so much, really appreciate it (guys, u know who u guys are! thanks for everything, luv u guys so much!) tapi kalau tak notice pon takpe...sume org pon makin tua kan? :P

This year's birthday is kinda sucks. Dah la mlm tu ade event, event tu sucks plak tu....kena marah dgn boss lagik. cilakak btul. pastu dimalukan depan SVP kat meja makan. bengang btul aku. haa...mcm ni citernye. boss aku mention to the SVP "Dato', today is his birthday" then the SVP said "owh, happy birthday" (which aku yakin sebenarnya SVP tu tak kenal pon aku huhuhu). then he said "how old are u now? 18?" "no Dato', 19" aku jawab. pastu...ade ke patut boss aku kate "euw, these people are so young! what? born in 80? 82? 86? euw...disgusting!" weh, sudah laa...kalau dah tua tu buat la cara dah tua. in denial konon....piiiraaahhh. aku sebenarnya disgusted dgn kelakuan dia mlm tu. kalau ikutkan hati aku, nak je aku bangun dan bagik pelempang sebijik "pang!" biar padan muka dia. nasib baik la aku tahan diri dan tunduk sambil teruskan menyuap sup kambing yang dihidangkan oleh Seleranika Caterer tu. dan ni bukan kali pertama dia ckp mcm tu. mase kat spore haritu dia penah ckp "i hate all these 80s babies. that's why i dont like those people like R***a come into my room" sambil mencemik. ek eleh, aku pon tak suka masuk bilik kau aaa...

back to the scene with the SVP. ade satu yg aku suka...bile SVP tu kate, "hey, tonight is your birthday. why are u still here with ******??". aku senyum je. tak sanggup nak jawab soalan tu. kalau aku jawab, ade yg kena buang keja kang...

Friday, July 21, 2006

Dah bukan lagi rahsia

Siti Nurhaliza dah nak kawin! punya la simpan rahsia...tunggu masa yg sesuai la, kunjungan biasa la ape la...last² announce gak nak kawin dgn Dato' K. dah la buat press conference besar²an. TV3 siap buat live lagik. sampaikan tanak dtg event aku ptg tu hohoho...dan yg buat aku (somehow) suka sbb Siti announce her wedding on my birthday! hehehe...

Bila Siti dah announce, mcm² cerita keluar. Dah la newspaper esoknye tu (18/7/06) muka depan semuanya letak gambar Siti & Dato' K, cuma kecik atau besar je la. Pastu dpt plak emel gambar bakal anak² tiri Siti, gambar Dato' K mase muda (misai tetap maintain seh...) dgn gambar Siti mase kecik, gambar ex-wife Dato' K, kartun Siti & Dato' K, mp3 abt the frustration of a guy over her wedding, lirik lagu ish....macam² la....

personally, aku kecewa dgn Siti sbb dia berkenan dgn Dato' K mase dia masih suami & bapak org. pdhal b4 this Siti portray herself as a very decent, well-mannered girl. enuff said...

Friday, July 7, 2006

Macam² ragam bos...

Aku ade citer yg blum habis psl trip ke singapore haritu. Ade 2 org GM yg pegi ke singapore utk organize events & media. diorg ni mmg terkenal dgn ragam² yg macam². yg sorg tu, berani mintak sket makanan aku, pdhal aku tak ckp pon boleh ke tak. Dah la tu, bukan sekali, 2 kali pulak tu. "what is that? looks nice. can i taste some? emm...it's so good...can i have some more?" tu la antara dialognye...suke hati dia je! Kalau nak, beli la sendiri. Tu la, sape soh order makanan yg lame hahaha

GM yg sorg lagi pulak ni, dia ni mmg terkenal so motherly. kebetulan aku satu flight dgn dia dr spore ke KL. dialog dia mcm ni "kesian la i tgk kat A**** tu, makin kurus. mesti banyak keja" "tak la puan, dia kan pegi a*****k skang ni" "oh ye ke? waaa...bagus la, dah la cantik, kurus pulak tu. dia cuma tembam sket je. kalau kurus lagi mesti cantik punye la!" haaaa...bukan senang GM nak puji anak buah dia kurus, cantik pulak tu. sape pandai, teka la sape GM² ni dan sape pulak anak buah yg cantik dan kurus tu? bijak pulak tu! hohoho

Friday, June 30, 2006

Al-Fatihah

Around 12 tgh tadi aku terima perkhabaran yg datuk kepada kawan² kita, halim dan ajak, telah meninggal dunia. Innalillahi wainna ilaihi raji'un. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan roh org² yg soleh. Al-Fatihah...

Thursday, June 29, 2006

Cuti-cuti Singapore

Hello! Dah lame la tak tulis entry...bile last sekali eh? last week kot. ish ish ish...bz sgt. OK la, sambung drpd last entry kat singapore tu. Lepas keja² aku setel hari Rabu (22/6) akupon proceed la dgn plan yg konon menarik i.e. shopping. Aku check out fr hotel yg ofis sponsor (Royal Queens Hotel), cari budget hotel. Ye la, kalau aku continue dok kat hotel tu, S$175 per night x 2.3 = RM400++ siot!! so aku dpt la budget hotel S$69 je per night (Hotel 81). Tu pon dah RM150++ kalau kat m'sia dah boleh dok hotel 5 star! Yg horrornya, bila aku mintak concierge Royal Queens panggilkan cab utk ke Hotel 81 tu, org tu tanya "kat mana hotel tu?" aku jawab "geylang". dia jawab balik "u nak pegi geylang? geylang tu mcm lorong haji taib kat KL" aku tersentak jap...tapi dia kata lagi, mungkin sbb dia tgk aku terkejut. "situ memang banyak 'red lights' tapi u lelaki, takpe la, tak perlu risau. tapi kot² kalau selera terbuka, boleh la try!" aku senyum je...tapi dlm hati kata "gile ke ape??"

But actually budget hotel tu not bad. sesuai la utk travellers/backpackers. aku dok situ 2 mlm. so hari yg pertama tu dipenuhi dgn berjalan² ke pusat² komersil cewahhh hahaha. Orchard Road, Paragorn, Tangs, Takashimaya, Isetan, Robinsons, Bugis Junction, Bugis Street, Raffles City Centre, Marina Court, sume la...letih gile kaki, ape taknya...kat singapore kan naik MRT n jalan kaki je. Bukannya takleh naik teksi, tapi tempat² tu agak dekat dan connected dgn stesen MRT. murah sket...Pd aku, sale kat singapore tu mmg murah la, tapi kalau semua barang² tu dlm RM instead of S$ mmg aku borong! Contoh baju Giordano S$60 diskaun 50% = S$30. nampak murah kan? tapi kalau convert back tu RM = RM69. lebih kurang je dgn msia, btul tak? Tapi tu opinion aku la, maybe sbb aku agak berkira kot dan tak berkeperluan sgt utk shopping. sape² yg berminat, boleh la pegi and experience sendiri, the sale is on sampai 23 Julai, so cepat!! ;)

2nd day, lepas check out from the hotel, aku pegi Singapore Expo. Round kat expo CommunicAsia tu...mcm² benda dan mcm² kompeni ade. sumenya teknologi² terkini. org² mcm Farul atau Rahimi mesti suka hehehe. then petang tu baru aku balik Msia. Oh ye, lupe nak citer, aku naik same flight dr KL-SIN dgn Datin Seri Tiara dan Yusof Haslam. Mesti diorg dtg singapore nak shopping gak. Bukan la nak kutuk ke ape, tapi Yusof Haslam & wife naik economy class...dah habis budget ke Dato? :P yg Datin Seri tu plak, kurus, kecik dan cantik siot...tapi remarks drpd GM aku "how can she be like that? she's a Datin Seri but she wears sleeveless and nampak cleavage!" sukati dia laaa....dia artis!

Tuesday, June 20, 2006

Entry dari seberang

Hey hey hey...jauhnya aku buat posting kali ni, dari seberang Tambak Johor sane nun! Aku skang ni ade kat Singapore, dtg utk CommunicAsia 2006. Dalam CommunicAsia ni ade la conference sessions, exhibitions, forums dan benda2 lain yg memboringkan huhuhu. Bendalah ni sampai jumaat, tapi keja aku sampai mlm ni je. Esok dah setel, bleh rileks! Punya la letih kaki, berjalan sane sini. Dah le Singapore Expo (the exhibition venue) tu besar nak mati...kat singapore ni plak sume org naik MRT dan jalan kaki je dalam bandar. so kitorg pon jalan kaki je la. Oh ye, aku bukan sorg2 kat sini...ade 4 org drpd ofis, aku, sorg assistant manager, sorg manager dan sorg general manager.

I found singapore is so well-planned. MRT system is linked together, jalan luas dan tak sesak, landscaping not bad dan rumah2 pon teratur. tak byk construction mcm msia. other things, sama je dgn msia! takde la bagus mane pon hahaha. dah le nak carik makanan halal susah, masjid pon susah! ish ish ish...nasib baik skang tgh mega sale!


Ok la, nak masuk balik dlm conference. see ya!

Saturday, June 17, 2006

Satu minggu yg mengantuk...ZzZzz...

Yaaa...minggu ni mmg minggu yg mengantuk. Taktau la, agaknye sbb tetiap malam pon tgk bola. Maklum la, skang ni kan tgh musim World Cup. Mane2 pon org citer psl World Cup. Sampaikan bos2 pon citer psl World Cup. Jerman menang tipis, Brazil masuk final, Trinidad & Tobago team kecik tapi pawer, England main tak best, tiang lampu tak score...ish, pendek kate, mcm2 la komentar yg kita bleh dgr.

Akupon tgk le jugak sket2. Tapi match yg kol 3 pg setakat ni since World Cup start, still tak berpeluang lagi tgk. Tak tahan ngantuk seh...Setakat sampai abis 2nd match of the night 12-2 am je yg aku larat. Tu yg bile dtg opis, ngantuk aje...sampaikan penah satu hari tu, terlelap dlm lrt sambil berdiri! Huhuhuh...

Ops..iklan sat. Skang ni Holland vs Ivory Coast, van Persie baru je score utk Holland. Holland 1 - Ivory Coast 0. Tetiba teringat iklan Maxis. England dpt gol, tapi semua commentator tak nampak sape score. Tetiba terdgr suara Hasbullah "Rio Ferdinand, yaa...Rio Ferdinand" dan sume commentator terus buat laporan, termasuk la sorg mat salleh dgn suara macho habis, "Rio Ferdinand". Hohoho

Sebenarnya, bile la yg tak mengantuk dtg ofis?? :P

Monday, June 12, 2006

Reel Review II

Few days back, aku gi tengok movie The Omen. Citer ni actually a remake drpd tahun baper ntah, kalau tak silap 1970s punya movie. It's about a boy who is believed to be the son of Satan or whatever and he's trying to conquer human beings, which marks the Armageddon is coming. Dalam bahasa lain, kononnya anak setan dah lahir, so anak setan ni nak bermaharajalela kat dunia ni. Dia bunuh org2 yg sepatutnya supaya dia dpt berkuasa. Sape mati, takleh la bgtau sbb nanti tak saspen hehehe...in short, citer ni tak le creepy mane pon. My rating: C+

Tuesday, June 6, 2006

Reel Review

Ni bukan psl programe Reel Review kat 8TV tu, tapi ni Reel Review aku sendiri hehehe. Recently aku tgk 2 movies, The Da Vinci Code dan X3: The Last Stand.

Ok first, The Da Vinci Code. Pd aku movie ni boleh laa...aku pon tak bace novel Dan Brown tu, so aku take the movie as it is. Ade org pegi carik harta karun, tapi ade org jahat yg cuba halang, last2 org baik dpt gak jumpa harta karun tu. Btul tak? :P Citer ni jugak agak mengkonfiuskan, maklum la, citer psl Kristian and stuff. Dah la tak censored, scene Silas seksa diri sendiri tu is so disturbing! Anyway, my rating: B



X3: The Last Stand. It's the last part of the trilogy. Rugi! Sepatutnya diorg sambung lagi. Lagi plak dlm part 3 ni there are so many mutants, sampaikan konfius yg mane satu. Aku yg bace komik pon susah nak detect, ape lagik org yg tak penah tgk langsung kan haini? hahaha...Anyway, I really enjoy this movie. Actions pon makin hebat as compared to the last 2 movies. Tapi, sayang, ade yg mati, ade yg hilang pawer. Tu la, patutnya sambung lagi...baru bleh tgk how the characters and the story develop. My rating is: A-

Monday, June 5, 2006

Phone baru! ;)

Hehehe...the title explains it all. Sabtu lepas (27 Mei) aku pegi beli handphone baru kat Sg. Wang, nak gantikan handphone lame aku yg aku dah pakai since Disember 2003 (btul kan mafus?) Well, dlm era ICT yg bergerak pantas ni, 2 tahun lebih pakai phone tu, rase outdated gile. In fact, phone tu dah tak jual lagi kat market huhuhu....


This is my new handphone, Sony Ericsson K750i. Harga? Biarlah Rahsia heheh...

Wednesday, May 31, 2006

Gerai Pandan Wangi

Korang nak tau tak, ade satu gerai kat ofis aku ni name dia Pandan Wangi aka gerai Mak Mah sbb makcik tuan punye gerai tu name Mak Mah...hehehe. Mak Mah ni dibantu oleh anak laki dia and sometimes akak2 mane ntah yg mcm biskut, kejap ade kejap takde.

Yg menariknye gerai ni (well...tak le menarik pon) macam2 benda bleh jadik. kengkadang tu, kita order air tak sampai2. kengkadang tu, kita order tapi dia mcm nak tanak je ambik order. kengkadang tu pulak, tak order air pon, tetiba sampai je teh O ais! Dan penah jadik jugak, makcik ni claim gelas org lain gelas dia! "Mak Mah, gelas Mak Mah menggerutu laaa...!" hahaha

Insiden dengan aku plak...satu hari aku makan kat gerai Mak Mah. Lepas makan, nak bayar la and jumlah makanan aku is $3.20. Aku bagik anak lelaki dia duit $5 sambil berkata "kejap ye, saya carik 20 sen." tetiba laki tu jawab "harap-harap ada la 20 sen hendaknya ye" sambil menggenggam tangan dgn nada berharap...hai, ape la masalah mamat ni.....

Halim pon pernah kena. Mak Mah dtg ambik order, Halim tegur dia "Mak Mah, lain kali Mak Mah ingat la nombor meja, baru senang nak antar order." Tanpa disangka2, Mak Mah menjawab "Tu la, nombor ade tapi susah nak nampak. Kalau diorg tegakkan nombor ni ke, letak tinggi sket ke, baru la boleh nampak. Ni tak, mcm ni makcik susah nak nampak, susah makcik nak tgk." Haa...tu dia!!

Sape yg penah makan kat gerai Mak Mah ni, mesti dpt bayangkan cemane insiden2 ni huhuhu

Monday, May 29, 2006

MyTeam vs. Malaysia

Aku baru je balik dr Stadium Nasional Bukit Jalil, pegi tengok MyTeam lawan Malaysia. Ramainye org...kat karnival jualan luar stadium tu penuh gile. Nak balik tadik lagik la bersesak2 dlm LRT. Berhimpit2 beb!

Soalan yg mula2 aku terpk bile sampai kat stadium ialah sebenarnye MyTeam akan lawan sape? dgr citer team Malaysia gi Singapore.

Bile masuk stadium, aku tanye one of the organizers, dia kate "saya takde start list aaa bang, FAM tak bagik pon kat kitorang" Aiks, cemane ni...last2, ade sorg wartawan Utusan ni ambik inisiatif, pegi turun kat padang jumpa commentator (mind u, bukan sume org bleh jejak kat padang tu) and dptkan list tu. nampak gayanya, team rojak ni...ade gak from 1st team and ade yg junior. Indra Putra Mahyuddin, Kaironnisam, K. Nanthakumar, Zaquan and Zafuan, tu le yg aku teringat namanya.

Penonton plak hampir 50,000 org...agak penuh gak la stadium. Pak Lah and Azalina pon ade tu. yg menariknya, agak2 5% je yg sokong Malaysia. bile time tunjuk gambar team Malaysia ke...coach Malaysia ke...penonton sume "Boo!" rase mcm bukan kat Malaysia plak sbb Malaysia kena Boo huhuhu

The game, well, not too interesting but yet it's like a match for dignity. Aku ni pon bukan la terer sgt pon main bola, tapi what i can say is, MyTeam nampak masih lacking. Diorg kurang backup, lambat buat counter attack and perancangan game dr tgh padang agak kureng teratur. But yet, they can be proud becos they scored the 1st goal! fuh...satu stadium bersorak!! kalau tak silap minit ke-26. Then team Malaysia start main kasar...tatau la nape, sampaikan zaquan adha kena kad merah. again, kena boo!! sian plak tgk budak tu, selama ni org puji dia sbb jadik antara pelapis tapi malam ni, dia mmg kena boo teruk, wa cakap lu!!

But MyTeam tak dpt kekang 10 org pemain Malaysia. Malaysia dpt score 2, both through free kicks and both during 2nd half. Kalau tak silap, minit ke-70 dan 80. Pastuh extra time 4 minit. Mase ni la baru MyTeam mcm dpt semangat, tetiba terus serang dan serang dan serang, mmg the whole extra time tu kat belah gol Malaysia je la...and the best try was MyTeam punye pd minit ke 92, tapi sayang, bola kena palang. dah cun dah try tu...keeper pon dah tak tercapai tapi kena palang plak. satu stadium frust.

Takpe la, MyTeam, u have tried ur best. Ade potensi2 yg baik cthnya the goalkeeper, the striker (Fairus) and the defender no. 11. Boys, maybe u'll have a better luck in the future, perhaps when u guys has been absorbed into the M-League kan?

The setback was, Malaysia team is not the REAL Malaysia team. Sape nak jawab ni??

Friday, May 26, 2006

MyTeam - not another reality program!

Reality programs makin menjadi2 kat M'sia ni, lepas satu habis, satu muncul...semua org beriya2 nak buat realiti program, in whatever format, for whatever purpose. MyTeam is one of the bunches.

The intention to establish a pool of amateur footballers is a good one. And grooming them to challenge the National Team is also a good one. Looking at the bright side, setidak-tidaknya kewujudan MyTeam ni is a "wake-up call" for the National Team to prepare themselves...making sure they will not lose to some amateurs, which will tarnish the image of local football (which already not in a good form!) Tapi, on the other side, nampak mcm tak patriotik la plak...sbb berazam bersungguh2 nak kalahkan Malaysia! hmm...

OK, kalau MyTeam menang, ape akan jadi? ade org yg akan dipuji sbb berjaya merealisasikan usaha murni mencungkil bakat-bakat baru...bebudak MyTeam pon maybe akan diserap masuk team2 dlm Liga M (or to be ironic, absorbed into the National Team!) and mungkin program ni sambung utk season 2 plak. Tapi kalau MyTeam kalah? people will say, never mind...good try! but perhaps some will also say, what a waste! Whatever happens, people will have their own views on that, right? huhuhu

So how good is MyTeam? Will MyTeam be able to beat the National Team this Sunday? (provided they are up to face the ACTUAL National Team! huhu...) Or is this a waste of money and time by a well-known corporate? Worse, is it another agenda by some manipulative individuals??

Well, takpe la...just wait and see this Sunday, shall we? Or u might just wanna wait until the next morning and read abt it in the newspaper. Whichever.

Thursday, May 25, 2006

Akhirnya...!

Ok guys...akhirnya berjaya gak aku buat blog kat blogspot! woohoo!! punya la beriya2 member2 aku soh buat since i created my blog in friendster, tapi sbb i'm kinda bz in the office, skang baru la sempat buat...thanx to haini yg jadik tutor (tapi tutor yg garang huhuhu) woohoo!! ;P