Saturday, January 19, 2008

Just try luck

Ptg tadi aku pegi Youth Fest kat PWTC. Bila pegi situ, terasa tua plak…sbb yg dtg mostly teenagers belasan tahun or maybe awal 20-an huhuhu. Aku tatau apa sebenarnya motif Youth Fest ni sbb mcm2 jenis booth ada, booth Astro, TM, Tune Money, Gua.com.my, Star FM (radio bahasa mandarin), Cineleisure, Khidmat Negara. Pertandingan break dance pun ada. Maybe nak tunjukkan gaya hidup remaja masa kini kot…

Actually aku pegi sane sbb nak check out booth kareer.com.my and jobstreet. Kalau sebut mcm tu, mesti korang dah tau apa intention aku kan? Hahaha…apa lagik, nak try carik keja lain la. Dgrnya ada walk in interview tapi mase aku dtg tu, takde interview la. So aku just register my details to be in their database. Just try my luck, mane tau, ade rezeki kat sini.

Mase aku tgh dok dgr explanation kat booth kareer.com.my, tetiba ada org cuit aku. Hah! Member lama rupanya! Aku rase dah lame gile tak jumpa dia…nasib baik dia still kenal aku. Tapi sbnrnya mmg ramai member2 lame kalau jumpa aku, diorg kata aku tak byk berubah, that’s why senang cam. Ye ke? Aku tak membesar ke? Hahahah. Anyway, rupanya member aku ni dah keja kat PWTC, jadik tukang masak. Wahhh....mcm menarik plak. Mase tu pun dia tgh pakai uniform tukang masak, cuma takde topi chef yg tinggi tu je hehehe. Nampak dia dah makin berisi dan melebar pulak (who doesn’t?? except me! :P) rase nak gigit2 je hahaha. Tapi jumpa dia kejap je, sbb tujuan dtg situ sbb nak pegi booth kareer.com.my dan lagipun shift dia blum habis.

So tgk la cemane, hopefully this is a step towards new possibilities…

Monday, January 14, 2008

Different

Harini is just another day in 2008, but somehow, I see it differently. Despite aku bangun dgn rase mengantuk yg amat sgt (Monday blues) tapi aku tetap gagahkan diri pegi keja…somehow deep inside me, ada satu ‘push’ yg buat aku bangun dan bersiap ke ofis. Aku rase harini sgt lain, my mind is open and I’m more committed to my responsibilities. Ni la agaknya efek pegi Basic Training, workshop yg aku pegi dr 9hb sampai semlm (13hb.) And I already have been thinking about some people...people whom I met at the training, Nina, Huzaifa, Dennis, Wiri, Raj, Kit Leong, Rickie, Zulkifle, Devina, Azleen, Jane, Ada, not to forget the ‘loud’ ones Tareeq, Anuar, Jaja, Jerome (he’s French by the way, Mr Looove hahaha), Robert, Wayson, Joo, Jie also the team Rahmat, Niesa, Sandra, May, Alvin, Jennifer, and of cos Mr. Gordon. It’s another moment to be remembered in my life.

14 Januari 2008

Harini 14hb. Januari 2008, ada org join tempat keja baru. What can I say, people moved on…they don’t (and they shouldn’t) look back. Sape tau, new place, new environment, new possibilities. So, kpd member² yg today is their starting day of a new job, I wish you good luck and all the best!

Monday, January 7, 2008

Anxious seharian

Harini aku balik awal, before 6.30 ptg aku dah sampai umah. Sebenarnya dari pagi aku rase anxious, ntah dari mane dtgnya, aku pun tak sure. Bila sampai ke ptg, aku dah mixed feelings, rase nak gelak sorang² ade, rase mcm sedih bermuram durja pun ade, rase mcm nak gigit² org pun ade huhuhu. Apa yg tak kena ni, aku ade hilang ape² ke? Or ade benda yg tak sempat atau lupa buat harini? Ish, apehal plak ni…sesak nafas aku…

1st weekend 2008

Weekend ni 1st weekend for 2008 dan aku rasa sgt 'produktif'. Sabtu pagi aku bangun kol 9.30 pg, bfast, pegi kedai beli paper, tgk tv, ard kol 11 pg aku tido balik. Kol 12.30 tgh aku bangun, mandi, tgk tv pastu lunch. Lps dah makan, terasa ngantuk, aku pun tido. Aku bangun kol 5.30 ptg hujan lebat gile. Astro pun takleh tgk, so aku online sambil minum petang ops sori, makan petang. Sedapnya murtabak, roti john, apam balik yum yum. Aku create facebook (menyahut seruan mafus haha), godek sane sini sket, pastu sambung tgk tv. Ard kol 11 mlm, makan malam, then tgk DVD ‘300’.

Ahad pulak, bangun lebih kurang sama, 9.30 pg. Bfast, pegi kedai beli paper, tgk tv. Banyak citer best wo….David Blaine, Amazing Race, CSI, CSI:NY, CSI:Miami, berderet² sume aku layan huhuhu. Sambil tgk tv, sambil makan. Dah abis layan tv dan aku pun dah kenyang, apa lagik, tido aa. Tu pun terganggu sbb ade org call ard 4.10 ptg, aku jawab dlm mamai²…bro, hopefully aku tak merepek mase aku ckp dgn ko huhuhu. Aku bangun ard 5.30 ptg, bace paper sambil tgk tv. Pastu ade plak member ajak gi makan ard 8.30 mlm, dan of cos aku pegi. Lepak sampai kol 10.30 mlm, balik umah makan nasik lagi. Sambung lagi tgk tv, Musang Berjanggut, The Apprentice. Kol 1.30 pagi baru aku tido. Esok keja.

What a weekend…teringat sorg member aku ckp mase mlm tahun baru haritu “new year’s eve satgi I nak dok depan tv sambil makan fretuccini alfredo, it’s the road to fatdom” hohoho

Thursday, January 3, 2008

Bisakah

Daku terasa ingin membawa
Cinta yang terlara ke titik mula
Kembali mencuba untuk kali kedua
Menggilapkan gerhana jiwa

Pernah ku terasa ingin merayu
Pada kasih dulu pulang padaku
Lupakan dosaku putihkan kelabu
Tenangkan amarahmu
Namun…

Bisakah yang terpadam dinyala
Bisakah yang terhina dicinta
Walau ku himpunkan sesalku
Bisakah terbuka kalbu

Naluri meminta ku ungkap kata
Seindah bahasa janjikan setia
Akan bersemilah cinta di hatinya
Percaya ku semula
Namun...

Bisakah yang benci disayangi
Bisakah yang dusta dimaafi
Walau ku himpunkan sesalku
Bisakah terbuka kalbu

Bila senduku berlinang sayu
Dalam rindu ku tertanya

Bisakah yang terpadam dinyala
Bisakah yang dusta dimaafi
Walau ku himpunkan sesalku
Bisakah terbuka kalbu

Bisakah yang benci disayangi
Bisakah hatiku difahami
Walau ku himpunkan sesalku
Bisakah terbuka kalbu

Wednesday, January 2, 2008

Tahun Baru 2008

2008 dah pun muncul. Detik 12 malam 1 Januari 2008, kat mana korang? Dengan sape? Apa yang korang buat? Aku? Takde apa², cuma dok kat umah dengan family, depan tv sambil menonton lautan manusia berteriak meraikan tibanya tahun baru dan ribuan ringgit hangus dalam percikan bunga api. Mungkin itu dah jadi resmi atau ‘ritual’ setiap kali tahun baru.

Tahun baru, ada semangat baru ke? Ntah…setakat ni, masih sama, aku masih mcm ni…tapi I really hope I can change. Tahun ni masih panjang, masih banyak yg perlu ditempuh.

Selamat Tahun Baru 2008 to all, semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki v ^_^

Friday, December 28, 2007

Heading towards 2008

Sedar tak sedar, ada few days je lagi nak masuk 2008. Terasa kejapnya masa berlalu. Mcm baru haritu masuk 2007, skang dah nak habis 2007, masuk 2008 pulak huhuhu. Aku rasa byk benda baru dtg dlm hidup aku in 2007 dan aku rasa benda² tu, to some extent, has changed my life. 2007 left me with various kinds of feelings. Hmmm…susah mau cakap la beb.

Anyway, bila sampai tahun baru, first thing yg org terpikir is New Year resolution/wish. Sebenarnya aku tak penah ada spesifik ones (yes, trust me), setakat buat azam dalam hati je laa sbb to me, kalau nak something or nak pasang azam baru, tak perlu tunggu tahun baru pun, bila² pun boleh. Tapi tahun ni, terasa nak draw out my first ever azam tahun baru, bukan psl high self esteem or high level of determination, tapi saje je. So, here goes (in no particular order):

a) berat 60kg (ask me personally if u want to know my current weight)
b) kerja dgn lebih ikhlas
c) kurangkan hutang dan tambahkan savings
d) nak jadik org yg lebih penyabar esp. time lapar hehehe
e) lebih berpikiran positif

OK tak? :P

Wednesday, December 26, 2007

Reel Review VIII

Malam Krismas aku balik awal dr ofis dan pegi tgk citer ni kat TGV KLCC. Dok ofis pun bukannya ada org hohoho. Citer ni not bad, penuh saspen especially part kejar-mengejar…dah la guna kereta Merz, habis jahanam kereta mahal huhuhu. Part diorg solving the mysteries dan looking for the treasure pun OK, aku rase better than the earlier sequel. Tapi it all happened so fast, dr clue A ke clue B ke clue C mcm cepat sgt sampaikan kita mungkin tak dpt pikap, “what was that again? Apa kaitan clue ni dgn yg tadi tu?” Tapi not bad laa, so sape² yg suka adventure movies should watch this one. Bila tgk citer² adventure mcm ni, teringat kat Indiana Jones, the best!! Hehehe…Anyway, the actors are OK, storyline pun not bad cuma don’t ask me what treasure were they looking for, link banyak sgt hahahah. So aku tgk citer ni as it is je :P Rating: B

KLCC malam tu ramai org, sume buat last minute christmas shopping kot…tapi surprisingly kat movie tak ramai, takde beratur panjang sampai melimpah². Agaknya org sume nak tunggu santa claus dtg kat umah bawak hadiah hohoho. Tapi santa tak dtg umah aku pun…

Monday, December 24, 2007

Quotable quotes

a) You won’t appreciate something (or someone) until you lose it

b) Everyone who comes into our life will leave a print, significant or not

c) Kalau kita taknak org buat jahat kat kita, jangan buat jahat kat orang

d) Takde manusia yang sempurna kat dunia ni, so terima la setiap org seadanya

Sejak akhir² ni, aku dok terpikir benda² ni je…tatau apsal.

Thursday, December 20, 2007

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua kaum muslimin dan muslimat, dan kepada yang sedang menunaikan haji, semoga kalian beroleh haji yang mabrur sambil dipelihara Allah sepanjang di sana.

Orang kata, Hidup ini perlu banyak berkorban...betul ke? Letih la asik nak berkorban je…

Wednesday, December 19, 2007

Reel Review VII

Ahad haritu aku pegi tgk latest movie Will Smith, “I Am Legend”. Citer tu psl last man on earth (or so-called last) dan org² lain sume dah kena virus which turns them into vampire ataupun dlm citer ni dipanggil “darkseekers”. And of cos, last man standing tu dok kat New York, instead of Japan atau German atau Zambia or whatsoever. Citer Hollywood, US aje la…US gak jadik hero, US gak jadik conquerer…apa² la labu.

Anyway, aku rase citer ni lain sket from other citer Will Smith yg aku penah tgk, ada org kata ala² “Castaway” Tom Hanks sbb Will Smith a.k.a. Robert Neville kena hidup sorg² dan interact dgn anjing dia je. Lagipun setau aku Will Smith tak penah berlakon citer hantu/horror. So, “I Am Legend” ni mmg requires Will Smith bermain dgn emosi dan mimik muka. Touching gak tgk story ni i.e. cemane dia terpaksa tinggalkan family dia (sape nak tgk Will Smith nangis, don’t miss this movie), what happened to his family, connection between human and pet. So in short, citer ni best dan tak bosan. Even though mula² nampak mcm bosan sbb dia sorg² tapi don’t worry, you won’t be bored. Plus, it’s a sad ending hohoho. Rating: B+

Monday, December 17, 2007

Rezeki masing²

Semalam aku dapat tau sorg member aku ni nak berenti keja. Terkejut gak aku sbb selama ni nampak macam dia enjoy dgn keja yg dia buat. Tup-tup, dia nak berenti plak.

“By the way, aku ade bagitau tak, last day aku 13hb?” “Hah? Nak berenti ke? Tak bagitau pun. Bila antar surat? Notis baper bulan?” “13hb haritu laa…notis sebulan je” “Apsal berenti? Keja kat situ tak best ke?” “Hmm…tak best aaa” (sambil buat muka). “Apa yg tak bestnya? Tak dpt bonus ke? Dah bape lama keja situ? Dah 2 tahun kan?” (banyak plak soalan aku) “bila berenti bulan 1 ni, setahun sebulan la” “apsal berenti?” “ntah aaa…macam-macam. Bonus kadang² takde, skang ni plak manager takde, sume berebut² nak jadik manager. Siap antar surat kat bos, nak jadik manager" "politik tu..." "haah, politik. tak best aaa" "ala, mane² pun ada politik. kompeni kitorg lagik banyak politik, dr org atas sampai la org bawah² pun ada politik" "Ye ke? ish ish...pastu, management pun soh kita pegi seminar, tapi bayar sendiri…mahal tu, sampai RM700” “laa ye ke? Teruknya…ramai² tak komplen ke?” “huh, dah komplen dah…tapi management buat dek jer…tu yg kitorg berenti tu. Ada 5 org sekali berenti” “hoh? 5 org sekali? Ni kiranya buat rusuhan la ni?” “hahaha….pandai la ko…”

Hmm…sorg lagik berenti keja. Aku rase keja dia tak la susah mana pun (sukati aku je cakap keja org tak susah hahaha), tapi dia pun berenti gak. Dia ni lagik la, blum dpt result interview keja yg baru, dah resign keja lama. Ntah la, terpulang la, rezeki masing²…

Wednesday, December 12, 2007

Worth it ke?

Harini aku cuti, sehari je, saje nak habiskan cuti tahunan. Tu pun aku kena burn 6 hari sbb dah takde masa nak habiskan huhuhu. Apsal la kompeni aku tak redeem cuti dgn cash. Kalau sehari RM100 pun, dah dpt RM600 hohoho. Cuti harini pun aku tak buat apa, dok umah je…sepanjang hari hujan, matahari tak tunjuk muka langsung. Hari sungguh bermuram durja, basuh baju pun susah nak kering. Malas la nak kluar, so dok umah layan budak² je. Not worth utk kluar, dok umah tgk TV pun OK gak...

Talking about worth it, tadi ada org tanya aku, “worth it ke apa yg kau bayar tu?”. Hmm…susah aku nak jawab soalan tu. Memang aku terkedu kejap, soalan tu membuatkan aku berpikir buat seketika. Sebenarnya, aku pun tak sangka aku akan sanggup, tapi tatau apa yg buatkan aku agree to it. Maybe there’s a pulling factor, but I don’t know what it is! My feelings is mixed about this, kekadang rasa “nasib baik aku agree, kalau tak, aku tak dpt ni” dan kekadang aku rasa “nape la aku agree, kan kena buat benda tu, dpt benda ni” huhuhu. Not that it's a so-called life-changing decision, tapi honestly speaking, at this moment, I’m kinda enjoying it despite the outcome is not that significant. And whether I will continue to commit with it, it’s yet to be known…need to think it through la. Bro, I will let u know ya…

Saturday, December 8, 2007

Golf anyone?

2 minggu tak update…ish ish, penyakit dulu dah mula balik i.e. penyakit malas heheheh. Kena buang jauh² penyakit malas ni, nanti hidup kucar-kacir (ye ke?). tapi, kalau takde apa yg nak diciter, tak perlu la update, btul tak? Takkan nak tulis entry “harini saya pegi ofis, org ramai kat stesen lrt. Sampai ofis, saya bukak PC dan terus rasa mengantuk. Bos soh buat tu buat ni. masuk waktu zohor, saya semayang zohor. Lunch dgn ofismet. Mlm ni balik lewat sket, kol 10” etc etc…boring la kan?

Hm sebenarnya ade gak benda yg different sket yg aku experience sepanjang the last 2 weeks. For the first time ever, aku jejakkan kaki kat padang golf! Hahahah. I’m so not a golfie, tak berminat main golf...aku rasa golf ni mcm game utk org malas hahaha (sorry golfers out there!) dan golf ni agak hi-class aaa, sape la aku nak main game mahal mcm tu. tapi dah bos soh organize golf tournament, buat je la…kang tak achieve KPI plak (but then again, kalau achieve pun, dpt evaluation bagus ker….)

Nasib baik la aku bukan organize sorg². Ada manager and colleagues (plus agency) yg tolong. Kalau tak, sampai mampus la aku takkan buat tournament golf ni hohoho just don’t have the drive to do it :P throughout the work, baru la aku tau sket² psl golf…terms like flights, tee-off, stable ford, shotgun, two tee, halfway hut, callaway, cutter & buck, buggy, handicap…how is the flow of a golf tournament…lps ni buat apa, lps tu buat apa…cerewet gak aaa. Lagi plak kalau buat dgn clients, nak kena layan diorg tu btul², ish ish ish…

Kitorg buat tournament tu on 2 December kat Kota Permai Golf & Country Club, Kota Kemuning. Don’t ask where is Kota Kemuning…it’s somewhere in Shah Alam la…aku taktau langsung! Huhuhu. Kol 5 pagi dah kena bangun sbb committee kena ada kat golf course by 6.30, registration at 7.00 am. Ya Allah, ngantuk gile!! Aku kena duty kat halfway hut, ala² checkpoint la. Golfers bleh rehat, minum and makan sket kat situ. Tapi boring gak dok situ lama² sbb takde apa nak buat, dah aa kena tunggu lebih kurang 2 jam huhuhu.

Dan aku baru dpt tau, Kota Permai is one of the 2 golf courses kat Malaysia ni yg pakai caddie pompuan. Satu lagi tak sure kat mana. Lawa² caddie diorg! Sume putih² plak tu, stok model punye aaa…ada Malaysian, ada Indon, ada Filipino. Siap pakai nametag lagik…Maria, Rita…haa, nama glamer²! rugi btul jadik caddie, pegi la jadik model ke kehkehkeh.

OK in short, everything went well, client happy, bos pun happy.

Tapi part yg aku takleh lupa, bila one grup of golfers stop kat halfway hut tu (bukan client kitorg). Minah caddie tu terus masuk gerai, grab few things (air, buah) dan kluar balik and drove the buggy away. Tiba² one of the golfers marah kat bangla yg jaga gerai tu “kenapa awak bagik dia ambik? Siapa nak bayar caddie tu punya?” Bangla tu ckp la, dia takleh buat apa², minah caddie tu yg terus masuk, ambik dan blah. Lagipun dia ambik air tin n buah je which baper ringgit sangat la. Plus, mmg caddies biase buat mcm tu. Golfer tu beriya² marah jugak “Awak patutnya tanya dia dulu, apa dia nak, jangan bagik dia main ambik je...siapa nak bayar? saya tanak bayar!” so golfer tu bertekak sket dgn bangla tu. Aku terpikir, teruknya kau ni, kau ada duit banyak nak main golf kat sini, caddie tu punya meal yg ntah bape ringgit je tu, kau tanak bayarkan? dia dah penat bawakkan buggy kau, apa la salahnya belanja dia, tak luak pun harta kau yg bertimbun² tu....isk isk isk.

Ntah aa, macam² ragam org kat dunia ni kan? They just make up the colourful world…

Friday, November 23, 2007

Trip to Cambodia

Last week aku kena pegi keja outstation, ke Cambodia! Banyak² negara, Cambodia plak yg aku kena pegi huhuhu. Dah la kena bawak rombongan…so kena entertain diorg. Entertain lagik….boring aaa. Trip tu 4 hari dari Rabu 14hb sampai Sabtu 17hb.

Cambodia ni ala² Bangkok je rasenya, tapi Bangkok lagi maju kot. Takde bangunan tinggi, jalan sesak…banyak motor je, tak pakai helmet plak tu. Yg naik sampai 4 org pun ade…dan seperti biasa, org bwk keter akan sentiasa hon sane sini, org yg bwk motor dan jalan kaki akan buat sesuka hati tapi tetap tak eksiden! Kalau kat Malaysia, rasenye dah beribu yg mati kena langgar kot hohoho….

bergambar depan Royal Palace


Bahasa rasmi is Khmer dan bunyik mcm bahasa thai yg krong kreng krong kreng tu. Gaya cakap pun sama mcm thai, lemah lembut, nada yg sopan jer…tak ramai yg bleh cakap English dan tak baper fluent pun. Dan still ade slang thai sket hehehe. Kulit diorg mcm org melayu tapi mata sepet sket, nama pun kawasan Indo-China kan….Agak sedih gak la tgk cara hidup diorg, ramai yg hidup susah, kena keja kuat, budak² kena berjual barang² souvenir sbb nak sara hidup…dan diorg ni byk yg dah takde mak bapak sbb peristiwa rejim Khmer Rouge dulu tu, kalau tak silap around end of 1970s.

And talking abt that, kitorg ada melawat satu tempat kat Phnom Penh tu, Toul Sleng which is tempat tahanan kena interrogate, dan most of them mati kat situ. Rasenye tak sampai 10 org yg survive. Diorg kena letak dlm sel yg kecik gile, takde lampu, takde air, kena rantai la, kena rendam la…ish seksa siottt…ngeri gak la tgk gambar² tu. Mamat Cambodia yg follow kitorg tu pun mcm sedey je bile masuk bangunan tu, dgr nye bapak dia pun kena tangkap gak…isk, sian aaa.


katanya ada org ditemui mati atas katil tu, creepy aa tempat ni, tgk aaa..aku pun dah buat muka boring


Kalau dah pegi Cambodia tu, tak sah la kalau takgi Angkor Wat. Angkor Wat tu besar aaa…kuil batu yg diukir dgn gambar² drpd citer hindu apa kejadah namanye ntah….Mahayana? Ramayana? Alaa…epik hindu tu laa…ukiran Apsara girls pun banyak. Apsara girls ni kononnya jelmaan dewi² air yg muncul dr laut dan digambarkan sebagai cantik jelita. Tapi aku tgk kat batu tu tak jelita pun hahaha. Btw, drpd banyak² ukiran Apsara girls, rupanya ade satu tu ‘sexy Apsara girl’ sbb tu satu je yg pakai kain pendek atas lutut, yg lain sume kain labuh. Funny kan? Mamat Cambodia tu beriya² tunjuk kat kitorg ‘sexy Apsara girl’ tu. Yg rugi sket, mase kitorg dtg tu tgh restoration work so kitorg takleh nak panjat Angkor Wat sampai atas. tinggi gak aa maybe 50 meter ke atas...dah la anak tangga kecik tapi tinggi. kalau hujan, sure bahaya gile.


grup photo kat laluan masuk ke Angkor Wat


Rupanya byk temple kat situ, aku ingatkan Angkor Wat tu satu je. Kalau nak pegi sume, katanya 2 hari baru habis tapi takpe la...nevermind ! so kitorg pegi 4 temple je i.e. Angkor Wat, yg seblah Angkor Wat, yg satu tu kononnya penah ditenggelami air dan Thampoung, temple yg dah ditumbuhi pokok² besar. Kat situ penah shooting filem Indiana Jones dan Tomb Raider. In fact, mamat Cambodia tu kate, Angelina Jolie ade rumah kat Siem Reap tu dan sometimes dia akan dtg situ, tengok org kampung. Bagus aaa…


posing depan temple shooting location


Apa lagi yg menarik eh…makanan kat situ biase je, dan ade gak yg rase pelik. Contohnya Fish Amok, sepatutnya ala kari ikan tapi tak pedas, tak rase kari. Pelik la…kalau nak yg eksotik pun ada, mcm labah² goreng, kaki katak dan babi guling of cos ade…kitorg ade nampak org bwk babi atas motor pun ade, yucks!!

Other than that, I guess the trip was OK. Takde la fun gile sampai tanak balik Malaysia, dan takde la boring gile yg bleh mati. Tapi takde apa sgt la…dan kalau pegi Cambodia, jgn lupa shopping kat Russian Market, Phnom Penh hehehe. Thanks to org² Cambodia especially Dara Chhim yg terpaksa layan kerenah kitorg and Sundara yg baik + lawak gile...mcm budak² aaa dia ni hehehe. Btw, Dara means Star, how sweet...

Wednesday, November 7, 2007

Gigi oh gigi!

Ahad lepas aku pegi cabut gigi, after few months yg sepatutnya aku cabut hohoho. Ala, gigi yg aku sampai termimpi² tu…alhamdulillah, nasib baik tak jadik mcm dlm mimpi aku tu la. Doktor advise aku cabut gigi ni sbb gigi ni tumbuh sebelah dalam, kat lelangit hence halang gigi yg belah luar tu. Lagi plak doktor kate gigi luar tu dah rosak, so kalau nak repair gigi tu, kena cabut dulu gigi yg dalam. So finally, aku pun setuju cabut.

Doktor kali ni, Dr. Siti, agak kelam kabut sket, nak cepat je. Cara dia grip gigi aku dan cuba nak tarik keluar pun sampai slipped, kacip dia terhentam gigi lain. Nasib baik slow, aku dah cuak gile, kang doktor ni rentap gigi yg nak cabut, tapi kang gigi lain plak yg kena ketuk or bibir aku yg injured. Tanak aaa kan…Last time aku cabut dgn Dr. Fad, dia ok je…tenang, lemah lembut, siap berborak² dgn aku psl rancangan kat tv (yes, dlm bilik treatment tu ada tv, pasang astro lagik!) supaya aku tak cuak. Dia cabut pun dgn tenang. Yg kelakarnya, dia dok berborak dgn aku tapi mase tu mulut aku dah kena bius, last² aku bercakap mcm “uhuk ahak uhuk ahak” sbb mulut dah kebas, dah terasa besar!! :P

Anyway, last² terkeluar gak la gigi tu. Lagi 2 minggu kena dtg balik sbb nak cek kesan yg tertinggal tu…takut ada jangkitan and whatsoever. Tapi malangnya, masuk hari Selasa, aku dah terasa sakit kat tempat cabut tu, bukan sbb kesan cabut, tapi sbb gigi belah luar tu rupanya dah berlubang. dan skang, gigi dalam dah takde, dah exposed… bile rasa dgn lidah, bleh terasa ada lubang kat tepi gigi tu, siap makanan pun bleh termasuk kat lubang tu. mak aih, mcm besar je lubang tu. sakitnya Tuhan aje yg tau. Rasa mcm nak soh org tumbuk aku supaya gigi tu tercabut huwaaa... :(

Aku dah tak tahan sgt, semalam aku buat balik appointment dgn dentist tu during lunch hour today. Tapi apparently aku agak bz (Q3 results budus ni laaa), esok plak diorg tutup…so terpaksa la aku reschedule for sabtu ni. hopefully aku bleh tahan sampai time tu….ya Tuhan, tolonglah aku...huhuhu…

Angkat kaki

Somehow aku terasa mcm nak letak lagu ni kat sini. lagu dangdut plak tu wakakak. nak kata aku minat lagu ni…absolutely not!! Nak kata aku ade kaitan dgn lagu ni…errr…tak jugak rasanya. Tapi tatau la…Enjoy! Har..har..har…

Angkat Kaki

Aku sudah tidak percaya padamu lagi
Lebih baik engkau segera angkat kaki
Aku benci.. benci.. pada dirimu
Aku bosan.. bosan.. pada dirimu
Aku sudah tidak percaya padamu lagi..

Dulu kau bilang masih setia
Kerna tak kau khianati dia
Dulu kau bilang masih setia
Kerna tak kau khianati dia..

Kau berdusta pada kawanku..
Membuat aku jadi malu..
Kau berdusta pada kawanku..
Membuat aku jadi malu..

Farnee laaa...

Sunday, November 4, 2007

Good Show!

Hari Rabu 31 Oktober 2007, aku berpeluang tgk P. Ramlee the Musical kat Istana Budaya, kompeni sponsor, so dpt tiket free. Tiket tu bagik pd customer dan aku kena entertain diorg. Boring btul aaa, asik2 kena entertain org…bila la plak org nak entertain aku huhuhu.

Tiket tu seat kat Upper Circle, which is bahagian yg paling atas, tinggi gile mcm dok kat atas pokok kelapa :P bila melangkah masuk dan nak carik seat pun dah terasa gayat. Nampak pelakon2 kat bawah tu kecik je….



Anyhow, I enjoyed it!! Lagu2 best…dance pun best…rase mcm nak menari sama2. Voice projection pelakon2 utama mmg sgt bagus…Sean Ghazi, Melissa Saila, Atilia, Siti Nurhaliza, Liza Hanim….sume suara best! In fact, budak pompuan yg jadik Azizah kecik pun suara power gillerrrr!! Mesti lepas ni ade org offer dia buat album. Gudlak to u girl!!



No doubt, Siti Nurhaliza tu mmg nyanyi best…tapi dia appear (as Azizah) cuma 3 scene jer. Scene dia pegi tgk P. Ramlee (Sean Ghazi) nyanyi kat funfair dan berjumpa belakang pentas, scene diorg berjumpa kat taman before P. Ramlee berangkat ke Singapore and satu lagi mase P. Ramlee tgh teringat kat Azizah while composing songs. Tapi promotion psl appearance Siti sgt hebat, dlm credit nama dia kluar dulu dan bila sume pelakon kluar after performance, Siti kluar 3rd last before Sean and Liza Hanim. Mcm over promo le plak…

Sean Ghazi lakonan OK, suara OK cuma dia kurang style cakap mcm P. Ramlee. Maybe bcos dia sendiri pun bukan melayu, suara pun mesti la susah nak tiru suara P. Ramlee sebijik. Tapi ade org penah kata, mmg dia akan bawak karakter tu as his own style. Tak kesah la…not bad la…



Dan Liza Hanim, suara dia sgt pawer!!! Bila dia menyanyi, rase mcm meremang bulu roma, suara dia mmg sedap dan sesuai nyanyi lagu2 lama mcm tu huhuhu. I wonder, apsal la dia tak fames. Lakonan dia pun not bad as a first timer. My vote goes to her :)



Overall, this is a good show with all the acting, singing, dancing, props, even tho not as superb as PGL. Cuma harga tiket mcm agak mahal, so kalau ade tiket free, better go!! (by this time, performance dah habis dah pun :P)

Thursday, November 1, 2007

Reel Review VI

Ahad lepas aku pegi tgk citer ni. since citer kluar, aku mmg nak tgk sbb nampak mcm best, mcm adventurous ala2 LOTR. So I went to see the movie with (kinda) high hopes. Tapi sayang, citer ni ala kadar jer…the cinematography is not bad, tapi jalan citer biase2 je. Kalau korg pernah tgk Narnia, haa…lebih kurang mcm tu aaa, kids adventure, budak2 yg jadik hero. Dan budak hero tu ade guardian yg sumenyer org tua huhuhu. As always, budak the chosen one, have to save the world, dan ada org jahat yg among his own friends…cliche kan? Rating: B-